Kampus & Pendidikan 25 Sep, 2023

Tahniah Prof Emeritus Dr Ibrahim Komoo! Pengerusi LPU UPM dilantik Pengerusi MPLPU sesi 2023-2025!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Mohd Shukor Mahfar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Awam.
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo dilantik menjadi Pengerusi Majlis Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Awam (MPLPU) yang baharu bagi tempoh 2023 hingga 2025.

Keputusan pelantikan itu dibuat pada Mesyuarat MPLPU ke-12 Bil 1/2023  di Bilik Senat, Bangunan Canselori Sultan Sallehuddin, UUM pada 25 September 2023.


Mesyuarat Majlis Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Awam ke-12 Bil 1/2023 di Bilik Senat, Bangunan Canselori Sultan Sallehuddin, UUM pada 25 September 2023.


Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengerusi MPLPU yang juga Pengerusi LPU UUM, Tan Sri Dr. Mohd Shukor Mahfar.

UUM sebelum ini menjadi Pengerusi dan Sekretariat MPLPU selama lima tahun bermula dari 2018 hingga 2023.


Delegasi dibawa melawat Muzium Pengurusan UUM.

MPLPU ini merupakan saluran komunikasi dalam kalangan Pengerusi LPU Universiti Awam (UA) untuk berkongsi pandangan, cadangan, syor, saranan dan rangsangan demi kebaikan bersama untuk memacu kecemerlangan universiti.

Terdahulu semua delegasi dibawa ke Anjung Tamu, Muzium Pengurusan UUM dan Galeri UUM sebelum memulakan mesyuarat. - KitaReporters


Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo (kanan) menerima cenderamata daripada Dr. Mohd Shukor Mahfar. 


13
11
0
13
0
You will be interested