Kampus & Pendidikan 05 Aug, 2022

Minat sambung belajar? USIM buka peluang kemasukan! Untuk pelajar golongan B40! Tutup 10 Sept 2022!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada prousim@gmail.com

Share this


Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membuka laluan untuk kemasukan khas ke USIM melalui Mod B40 (kategori pendapatan isi rumah di bawah RM4850) bagi memberi peluang kepada para pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/setaraf untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda di USIM.

Pengarah Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar, Prof Madya Dr Nurkhamimi Zainuddin berkata, bagi kemasukan melalui Mod B40 ini, USIM menawarkan sebanyak 29 program pengajian dari tujuh buah fakulti.


Lagi


Dr Nurkhamimi Zainuddin


29 buah program pengajian itu termasuklah enam program dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), tiga program dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), lima program dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), tujuh program dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) manakala dua program lagi adalah dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB)”, ujarnya.

Menurut beliau lagi, ini merupakan inisiatif USIM untuk memastikan pelajar yang layak dan memenuhi syarat tetap mendapat tempat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi

Peluang kemasukan ini juga memberi peluang kepada para pelajar yang tidak mengisi permohonan ke UPUOnline atau tidak berjaya mendapat tawaran di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan boleh memohon untuk masuk ke USIM melalui Mod B40 ini.

Walau bagaimanapun, pelajar yang ingin memohon masih perlu untuk mematuhi syarat am dan juga syarat khas kemasukan ke program pengajian yang ditawarkan di USIM, tambahnya lagi.

Kesemua permohonan adalah secara dalam talian iaitu melalui portal https://eug.usim.edu.my dengan memuat naik segala dokumen yang diperlukan. Untuk makluman lanjut, pemohon boleh melayari laman web https://admission.usim.edu.my/kemasukan-mod-b40. 

Permohonan adalah percuma dan tarikh tutup permohonan adalah pada 10 September 2022. - KitaReporters/USIM


14
14
0
15
0
You will be interested

Berita baik untuk pelajar IPT! Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuka! Sehingga 8 April 2024!

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Biasiswa Tunku Abdul Rahman BTAR Yayasan Tunku Abdul Rahman YTAR pelajar universiti IPT Ijazah Sarjana Muda permohonan dibuka

Putra Cakna Alumni Care! Prihatin kebajikan pelajar! Alumni UPM sumbang komputer riba, pelan data!

Universiti Putra Malaysia alumni UPM sumbangan komputer riba pelan data Putra Cakna Alumni Care Heart to Heart H2H alma mater Pusat Perhubungan Alumni ARCUPM
Zul Akmar Jamaludin in Kampus & Pendidikan 6 days ago

Pelajar dari 11 negara pilih KUIPs! Sesi pengajian bagi pengambilan Feb 2024! 200 pelajar mendaftar!

Kolej Universiti Islam Perlis KUIPs pendaftaran pelajar kemasukan pelajar antarabangsa pengambilan baharu pelajar baharu majlis taklimat pelajar antarabangsa
KUIPs Corp Comm in Kampus & Pendidikan 1 week ago

Pendidik pengubah generasi! UPSI terap BITARA! Bakat, Inovasi, Transformasi, Adab, Revolusi, Adaptasi!

Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI Tanjong Malim BITARA kebitaraan Naib Canselor Dr Md Amin Md Taff perguruan guru pendidik akademia Aspirasi Naib Canselor
Rosdi Ismail in Kampus & Pendidikan 1 week ago