Kampus & Pendidikan 02 Oct, 2023

Mahu tingkatkan lagi kerjasama lapan tahun! UUM dan UHAMKA kaji kolaborasi pendidikan dan pengajian!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Prof Dr Mohd Foad Sakdan (kanan) bersama Prof Dr Gunawan Suryoputro, M.Hum. 

Kolaborasi antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universitas Muhammadiyah Prof Dr HAMKA (UHAMKA) akan dipertingkat melalui pertambahan jumlah penyelidikan dan kerjasama yang melibatkan pensyarah dan pelajar antara dua kampus ini.

Rektor UHAMKA, Prof Dr Gunawan Suryoputro, M.Hum ketika mengunjungi Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan berkata, kunjungan ini juga bagi mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama antara dua universiti ini.

“Kami telah bekerjasama selama lapan tahun dan akan meneruskannya melalui program mobiliti pelajar, persidangan antarabangsa, pengajian Doktor Falsafah (PhD), menulis buku dan lain-lain,” ujar beliau lagi.


Prof Dr Mohd Foad Sakdan (kiri) bersama Prof Dr Gunawan Suryoputro, M.Hum (dua dari kiri).

Turut hadir delegasi dari UMHAMKA.


Sementara itu Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad berkata, kerjasama lapan tahun ini akan dipertingkat dari segi pendidikan dan pengajian dalam kalangan pensyarah khususnya.

“Jalinan dan kerjasama dengan Pusat Pengajian Pendidikan (SOE) UUM ini diharap memberi manfaat kepada kedua-dua universiti ini,” sambung beliau lagi.

Delegasi seramai lima orang dari UMHAMKA ini turut diiringi Dekan SOE UUM, Prof. Dr. Yahya Don. - KitaReporters


Delegasi UMHAMKA bergambar dengan Prof Dr Mohd Foad Sakdan.


 

17
13
0
9
0
You will be interested