Kampus & Pendidikan 22 Jan, 2021

Video| Kena patuhi SOP! Pelajar UUM tak dihalang anjur program bersemuka masa PKP - Dr Hendrik

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Jemputan tetamu untuk majlis yang diadakan dihadkan.


MAHASISWA Universiti Utara Malaysia (UUM) disaran mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam penganjuran aktiviti secara bersemuka membabitkan pelajar kampus ini


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan UUM:

https://kitareporters.com/search?search=UUM


Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Madya Dr Hendrik Lamsali berkata, sejak PKP diumumkan pada tahun 2020, pelajar UUM tidak dihalang untuk menjalankan aktiviti mereka namun perlu mematuhi SOP yang ditetapkan. 

"Pelajar perlu aktif dalam merancang, melaksana dan melaporkan setiap program dan tidak menjadikan alasan PKP untuk menganjurkan sebarang aktiviti termasuk secara dalam talian," kata beliau ketika melancarkan Briged Kasih dan Bakul Kasih anjuran Presiden Jawatankuasa Pembangunan Siswa (MPJ) Inapan Siswa UUM.


Majlis perasmian dijalankan dengan penuh SOP. 


Briged Kasih yang dianjurkan ini memainkan peranan membantu pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dengan semua pihak sama ada badan bukan kerajaan (NGO), kelab, persatuan dan Inapan Siswa di kampus ini.

Dr Hendrik menambah Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) HEP UUM juga telah menggerakkan usaha untuk mencari dana dan komputer riba untuk diagihkan kepada pelajar yang memerlukan. 

Manakala Yayasan Food Bank Malaysia pula bertindak mengumpul bahan makanan serta keperluan harian lain melalui sumbangan badan korporat, alumni dan orang ramai sebelum mengagihkan kepada pelajar yang memerlukan.

"MPJ juga boleh bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi mengumpul dana, mendapatkan data pelajar dan seterusnya berusaha bersama-sama bagi membantu mereka yang memerlukan," ujar beliau lagi pada majlis itu.


Dr Hendrik Lamsali menjadi tetamu forum di majlis itu bersama Dr Rajwani Md Zain (kanan).



Terdahulu Dr Hendrik bersama Pengarah SSSD, Prof Madya Dr Rajwani Md Zain dijemput sebagai tetamu forum sempena majlis pelancaran bersama Presiden MPJ, Muhammad Saniy Samsudin.

Di majlis itu, beliau turut menyampaikan bakul kasih kepada 10 pelajar terpilih melalui inasis-inasis masing-masing.


Dr Hendrik Lamsali (dua dari kiri) menerima sumbangan RM1,000 daripada Dr Noriza Abd Aziz (kanan sekali).


Sementara itu, di majlis yang sama pensyarah kanan Pusat Perniagaan Islam (IBS) UUM, Dr Noriza Abd Aziz yang mewakili Jawatankuasa Pembangunan dan Komuniti Pusat Pengajian Islam (IBS) menyampaikan sumbangan RM1,000 bagi projek Bakul Kasih MPJ.

Beliau yang juga bekas Felo Inasis TM berkata, kerjasama dan kesepakatan antara JKPS dilihat lebih menyeluruh kerana mewakili penginapan masing-masing.


Presiden-presiden Inapan Siswa bergambar selepas majlis penerimaan sumbangan.


Muhammad A’linur Ahlam Abu Bakar (tengah) bersama Presiden-presiden MPJ.


Dalam pada itu, Muhammad Saniy akan berbincang dengan MPP seperti saranan TNC HEPA supaya bergerak bersama bagi bekerja dalam satu pasukan.

"MPJ dan MPP sehaluan ke arah memberi perkhidmatan mahasiswa untuk mahasiswa," ujarnya ketika mengulas saranan Dr Hendrik itu.

Turut hadir di majlis itu Pengerusi Majlis Pengetua Mohd Fairus Abd Majid, Yang Di Pertua MPP Muhammad A’linur Ahlam Abu Bakar, Pengetua-pengetua Inasis dan Presiden-presiden Inasis. - KitaReporters


Amirul Ramadan Azmy (kanan) menerima sumbangan Bakul Kasih daripada Dr Henrik.


Muhammad Khaiz Ehsa Ali antara penerima Bakul Kasih pada majlis itu.

6
0
0
0
1
You will be interested