Menara Gading 19 Dec, 2020

RM7.4j untuk pelajar! PICOMS-MAIWP salur bantuan, biasiswa!

@rahana md
Bekas Wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Majalah Wanita dan akhbar di Ibu Pejabat Jalan Chan Sow Lin dan biro Kelantan.

Share this

KOLEJ Universiti Antarabangsa PICOMS, institut pengajian tinggi (IPT) yang dimiliki Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengumumkan pemberian biasiswa dan bantuan kepada pelajarnya dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM7.4 juta. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan MAIWP:

https://kitareporters.com/search?search=maiwp


Daripada  jumlah tersebut, sebanyak RM1.638 juta untuk pemberian  biasiswa penuh kepada 26 pelajar cemerlang, manakala RM5.8 juta pula adalah bagi penyerahan bantuan baitulmal kepada pelajar institusi tersebut.

Menurut Naib Canselor PICOMS, Profesor Dr. Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman, bantuan baitulmal merangkumi wang saku berjumlah RM300 sebulan, kemudahan hostel dan pengangkutan secara percuma kepada pelajar tahun satu.



“Bantuan yang diberikan sejak 1998 ditingkatkan lagi kepada pelajar tahun ini melalui sumbangan sebanyak 20 buah komputer riba melalui wang wakalah Pusat Pungutan Zakat, PPZ-MAIWP buat pertama kalinya.

“PICOMS dan MAIWP sentiasa melakukan langkah proaktif untuk memastikan pelajar terutama golongan asnaf diberikan platform terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam keadaan pandemik yang sedang melanda dunia. PICOMS tidak terkecuali menjalankan sesi PdP dalam talian,” ujarnya.



Beliau berkata demikian  ketika berucap pada majlis penyerahan 10 mesin hemodialisis oleh pihak Agrobank yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Kuala Lumpur pada 15 Disember 2020.

Turut hadir ialah Pengerusi PICOMS, Profesor Dr Abdul Latif Mohamed; Ketua Pegawai Operasi Agrobank, Zahid Ahmad Zawawi dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Akbar Samon.

Tambahnya, langkah pemberian komputer riba adalah satu inisiatif yang terbaik  dalam memastikan kesinambungan proses PdP dapat dilaksakan dengan sempurna.

“Sumbangan ini akan ditambah dari semasa ke semasa, sebagai pelopor kepada pendidikan berasaskan wakaf di Malaysia. PICOMS akan memanfaatkan sepenuhnya sumbangan kewangan, peralatan dan kemudahan untuk memastikan peluang pendidikan tidak menjadi bebanan kepada semua masyarakat," katanya.


Zaid Ahmad Zawawi (kanan) menyampaikan replika sumbangan bernilai RM400,000 kepada Tabung Wakaf Pusat  Hemodialisis PICOMS kepada Prof. Dr. Wan Mohd Aziz Wan Sulaiman dan disaksikan oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri (tengah) di majlis yang berlangsung di Batu Caves, Kuala Lumpur pada 15 Disember 2020. 


Sementara itu, pada majlis yang sama, Agrobank telah menyerahkan sumbangan wakaf tunai sebanyak RM400,000 kepada Tabung Wakaf Pusat Hemodialisis MAIWP-PICOMS (PHMP) yang terletak di bawah Pusat Wakaf My Rahmah institusi pengajian tinggi tersebut.

Wan Mohd Azizi menjelaskan, jumlah dana yang disampaikan akan digunakan sepenuhnya oleh PHMP untuk membeli10 mesin dialisis bagi mengantikan mesin lama yang telah berusia lapan tahun.

“Segala peralatan sedia ada juga akan ditambah baik bagi memastikan Pusat Dialisis PICOMS mampu menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pesakitnya.  

"Mesin-mesin baharu itu nanti akan ditempatkan di tiga cawangan PHMP iaitu di kampus Batu Muda PICOMS, Cawangan Cheras dan Cawangan Jalan Pahang Kuala Lumpur. Pada awal tahun 2021 sebuah lagi cawangan akan dibuka di Presint 15, Putrajaya.,” katanya.


Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri ketika menyampaikan ucapan di majlis pengumuman bantuan dan biasiswa kepada pelajar PICOMS serta sumbangan bernilai RM400,000 daripada Agrobank kepada Tabung Wakaf Pusat Hemodialis  PICOMS.


PHMP yang asalnya ditubuhkan untuk  tujuan menjadi tempat latihan lulusan PICOMS kini berfungsi sebagai pusat dialisis bagi membantu golongan asnaf dan kurang berkemampuan membiayai kos dialisis mereka. 

Melalui perniagaan pusat dialisis tersebut, sebahagian keuntungan disalurkan untuk membantu pelajar asnaf di PICOMS.

Pesakit yang terdiri daripada komuniti serta pertubuhan pertanian dan perikanan yang diiktiraf juga akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan projek wakaf tunai Agrobank-PICOMS melalui rebat caj dialisis yang dikenakan PHMP.

Orang ramai dialu-alukan untuk turut serta dalam wakaf Agrobank, PICOMS dan MAIWP. Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun 10070210000761020 di Agrobank. - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested

Majukan lagi Pelancongan Islam! USIM, ITC meterai MoU! Bangunkan bakat, pengetahuan, pengurusan!

USIM meterai MoU bersama Pusat Pelancongan Islam (ITC) bagi bangunkan bakat, perluaskan pengetahuan dan maklumat berkaitan bidang Pelancongan Islam di Malaysia

Ikon Motivator Muda! USIM hantar wakil ke Intervasity Young Motivator Competition (I-Mac) 2022!

Muhammad Nur Afiq Kamarul Arifen, Shamsul Aiman Mu’amar Shamsul Bahrin muncul Johan, Naib Johan Kejohanan Motivator Muda Piala Pengerusi Lembaga Pengarah USIM
Strategic Communication Centre (StraComm) USIM in Menara Gading 16 hours ago

Video| Tahniah! Ts Dr Sharifudin dilantik jadi Naib Canselor baharu USIM! Ganti Dr. Mohamed Ridza!

Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dilantik gantikan Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2022 sehingga 30 Jun 2025
Strategic Communication Centre (StraComm) USIM in Menara Gading 16 hours ago

UPM nak perkenal rock melon varieti sendiri! Hasil baik Program Tanaman Rock Melon Varieti Glamor!

Fakulti Pertanian UPM dapat tuaian baik daripada penanaman 620 pokok rock melon (cantaloupe atau tembikai wangi) bagi Program Tanaman Rock Melon Varieti Glamor
Nur Syamila Kamarul Arefin in Menara Gading 1 day ago

Keluarga Malaysia pupuk budi pekerti mulia! Terima kasih FPSK UPM! Aktif kerja amal kebajikan!

FPSK UPM terus gigih dalam laksanakan aktiviti CSR bagi hulur bantuan, khidmat bakti sukarela kepada pusat jagaan warga emas, keluarga asnaf, rumah anak yatim
Rosdi Ismail in Menara Gading 2 days ago