Kampus & Pendidikan 06 Mar, 2021

Video| Program MUALIM UUM 2021! Kongsi cara tangani isu pembelajaran online secara dalam talian

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this


PELAJAR Pascasiswazah dari Pusat Pendidikan Pengajian Islam dan Prasiswazah dari Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara Malaysia (UUM) menganjurkan sesi perkongsian ilmu berkaitan aktiviti pembelajaran (learning) online kepada 60 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) daerah Langkawi secara dalam talian mulai 5 Mac hingga 2 April 2021.

Penasihat Program Prof Madya Dr Mardzelah Maksin berkata, guru-guru KAFA ini akan berinteraksi dan berkongsi maklumat untuk menyelesaikan isu pembelajaran secara dalam talian yang menampilkan pakar-pakar dalam bidang pendidikan, media, pendidik, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), universiti, kolej dan pensyarah.


Lagi laporan-laporan menarik berkaitan UUM:

https://kitareporters.com/search?search=UUM


Penyelaras Program MUALIM 2021 Prof Madya Dr Mardzelah Makhsin (dua dari kanan) bersama pengucaptama.


Katanya program yang dikenali dengan nama MUALIM (Membangun Ummah Aktif Lestari Inovasi Pendidikan Islam Masa Kini akan dianjurkan secara e-Sulam Innovat 2021 iaitu singkatan bagi Service Learning Malaysia –Universitiyfor Society yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menggalakkan pelajar menimba pengalaman pembelajaran dalam menyelesaikan isu sebenar komuniti berasaskan disiplin pengajian masing-masing terutama ketika penularan wabak Covid-19.

"Kami yakin dan berharap program ini dapat menghasilkan modul pembelajaran digital menggunakan web 2.0 bagi mewujudkan pembalajaran secara interaktif dalam kalangan guru-guru KAFA nanti," ujarnya lagi.


Prof Madya Dr Mardzelah Makhsin.


Dalam pada itu, jurulatih program e-Sulam Ustaz Mohd Fadhil Aziz ketika ditemui berharap melalui perkongsian pintar dan percambahan idea dalam kalangan pengucaptama yang dijemput itu akan dapat meningkatkan ilmu kemahiran pelajar dalam melaksanakan program bersama komuniti nanti.

“Penyusunan aktiviti perkongsian ilmu kepada guru-guru kelas KAFA daerah Langkawi dan Kedah ini akan dijalankan secara Pengajaran dan Pembelajaran (PdPR) nanti," ulasnya lagi.

Program MUALIM 2021 ini dirasmikan oleh Dekan Pusat Pusat Pengajian Pendidikan, UUM Prof Madya Dr Yahya Don.


 

Ustaz Mohd Fadhil Aziz.


Antara pengucaptamanya ialah Pensyarah Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden UUM, Prof Madya Dr Mardzelah Makhsin; Ketua Pengarang Pengurusan Korporat UUM, Samsudin Oli Mohamed; Lismawati M. dari Universitas Muhammadiyah Prof. Dr. HAMKA (Indonesia); Dr. Nor Hasimah Ismail dari Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden; Prof Madya Dr. Norazlinda Saad dari UUM College of Art and Sciences; Prof Madya Dr. Surendran Sankaran dari UUM College of Art and Sciences; Dr. Nurliyana Bukhari dari Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden; Mohd Kasturi Nor Abd Aziz, pensyarah kanan, Pusat Sains Liberal; Fariz Musa Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia; dan Dr. Norshah Aizat  Shuaib Ketua 1, AKSARA Negeri Perlis.

Mereka yang ingin mengikuti program secata dalam talian ini boleh menghubungi Ustaz Mohd Fadhil Aziz melalui talian 0194547503 untuk keterangan lanjut. - KitaReporters

Prof Madya Dr Mardzelah Makhsin menunjukkan poster proram MUALIM 2021 yang dianjurkan.

 

 

 

 

 

 

6
0
0
0
0
You will be interested