Kampus & Pendidikan 02 Apr, 2021

Derma darah selamatkan nyawa! 58 pelajar Inasis Proton Tradewinds UUM sertai kempen derma darah

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Pelajar UUM menyertai kempen derma darah di Dewan Semarak Budi, Inasis Tradewinds.


Seramai 58 pelajar Inapan Siswa (Inasis) Proton dan Tradewinds (Prowins) Universiti Utara Malaysia (UUM) menyertai kempen derma darah yang dianjurkan oleh inasis itu dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar di Dewan Semarak Budi, Inasis Tradewinds.

Presiden Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Inasis Prowins, Idzham Rosidi, 23, berkata, program derma darah ini diadakan bagi menampung keperluan darah yang berkurangan terutama menjelang Ramadan dan Syawal nanti.


Lagi laporan-laporan menarik berkaitan UUM

Idzham Rosidi


Katanya, pihak Tabung Darah HSB memaklumkan mereka kekurangan darah jenis O, A dan B terutamanya. 

"Oleh itu kami mengambil pendekatan setelah berbincang dengan Pengetua Dr Rohafiz Sabar dan JKPS lain untuk menganjurkan program ini sebagai persiapan sebelum menyambut Ramadan," ujar Idzham lagi.


Pelajar yang akan menderma darah menjalani pemeriksaan kesihatan.


Dalam pada itu, daripada seramai 58 pelajar yang mendaftar dan melakukan pemeriksaan untuk menderma darah, hanya 50 penderma yang layak manakala lapan pelajar lagi tidak melepasi tahap pemeriksaan kesihatan.

Bagi Muhamad Fitri Izani Muhamad Rizuan, 23, yang telah menderma sebanyak tiga kali sebelum ini, berharap lebih ramai rakan-rakan pelajar atau warga kampus akan membantu Tabung HSB.

"Penderma darah bukan sahaja mendapat keistimewaan layanan di hospital kerajaan malah yang penting dapat membantu orang ramai yang memerlukan darah," ujarnya ketika ditemui.


Antara siswi yang mendaftar diri untuk menjalani pemeriksaan sebelum menderma darah.


Mereka yang ingin menderma darah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).


Sementara itu Penyelaras Program Derma Darah HSB Dr Siti Norwahida Azami yang ditemui melahirkan rasa bangga kerana ketika pandemik koronavirus COVID-19 ini pihak Inasis Prowins berjaya menganjurkannya dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Sempena program derma darah itu, Timbalan Presiden JKPS Muhammad Bazli Bahruddin turut menyerahkan pelitup muka kepada Dr Siti Norwahida Azami. - KitaReporters


Muhammad Bazli  Bahruddin (dua dari kiri) menyerahkan pelitup muka Kepada Dr Siti Norwahida  Azami (dua dari kanan).

2
0
0
0
0
You will be interested