Menara Gading 09 Jan, 2021

Video| Tingkatkan mutu bola sepak! UniSZA jalin kerjasama dengan kelab Terengganu Football Club

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

UNIVERSITI Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melakar sejarah apabila menjadi institusi pendidikan tinggi pertama negeri ini menjalinkan kerjasama dengan kelab bola sepak profesional, Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd bagi meningkatkan mutu bola sepak negeri ini. : KitaReporters


UniSZA dan TFC menjalin kerjasama bagi memajukan sukan bola sepak di Terengganu


Lagi laporan-laporan menarik berkaitan UniSZA:

https://kitareporters.com/search?search=unisza


Kerjasama tersebut membabitkan penyediaan pelan strategik dan hala tuju pasukan bola sepak Terengganu, pelan pemasaran dan penjanaan pendapatan, guna sama infrastruktur sukan, kepakaran saintis sukan dan kejuruteraan perubatan. 

Menerusi pelan pembangunan sukan tersebut, beberapa lagi kepakaran yang telah ditawarkan oleh UniSZA adalah dari sudut sokongan psikologi, nutrisi, fisioterapi dan juga analisis pencapaian pasukan.



Bagi pihak UniSZA pula, TFC akan membuka ruang bagi para pelajar dalam bidang berkaitan untuk melakukan latihan industri di bawah penyeliaan TFC Sdn Bhd. 

TFC juga akan memantau dan membantu UniSZA dalam membangunkan pasukan bola sepak UniSZA yang sinonim dengan aksi dalam saingan Liga Bola Sepak Institusi Pengajian Tinggi (IPT).


Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan


Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk  Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, kerjasama tersebut selari dengan pelan induk 10 tahun Sukan Terengganu. 

Katanya, UNiSZA beruntung kerana dalam Terengganu paling aktif dari segi kolaborasi sukan dengan dunia akademik seperti bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) sejak tahun 2016.

Beliau berkata, UniSZA ada pusat kecermelangan sukan dan universiti berkenaan adalah satu-satunya universiti mengalakkan penyelidikan sukan dan pengajian tinggi dalam bidang tersebut.



Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar


Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerjasama tujuh tahun itu akan memberi faedah bersama kepada kedua-dua pihak.

Katanya, usaha sama berkenaan membabitkan 10 bidang utama termasuk kerjasama melalui penggunaan infrastruktur dan fasiliti sukan di kampus UniSZA dan membantu perkembangan para pelatih akademi dari sudut akademik dan penguasaan Bahasa Inggeris.

Beliau berkata, pembangunan bola sepak TFC juga akan disokong menerusi kepakaran daripada bidang saintis sukan, kejuruteraan dan perubatan di UniSZA.

“Selain itu beberapa lagi kepakaran yang telah ditawarkan oleh UniSZA adalah dari sudut pemasaran, penjanaan pendapatan, psikologi, nutrisi, fisioterapi dan juga analisis pencapaian,” katanya.


Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan (kanan) bertukar dokumen dengan Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab Rasid Jusoh (kiri) sambil diperhatikan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar


Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) Antara Terengganu Football Club Sdn Bhd Dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Damai Lounge, Wisma Darul Iman, pada Rabu 6 Januari 2021.

Turut hadir, Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu, Datuk Razali Che Ani; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah; dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman serta Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh.

“Pembangunan bola sepak TFC juga akan disokong menerusi kepakaran dari bidang saintis sukan, kejuruteraan dan perubatan di UniSZA,” kata Dr Ahmad Samsuri. - KitaReporters


You will be interested

Trend era digital, maya! UniSZA bina Studio al-Quran yang pertama! Untuk perkasa PdP hafazan

UniSZA mengorak langkah perkasakan pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam aspek pembacaan dan hafazan al-Quran dengan bangunkan Studio al-Quran yang pertama

Mohammad Ishak in Menara Gading 3 weeks ago

Video| Kena patuhi SOP! Pelajar UUM tak dihalang anjur program bersemuka masa PKP - Dr Hendrik

Sejak PKP diumumkan pada 2020, pelajar UUM tak dihalang untuk jalankan aktiviti mereka namun perlu patuhi SOP yang ditetapkan - Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP)
Samsudin Oli Mohamed in Menara Gading 3 days ago

Program Hero Komuniti Perdana! Sukarelawan UniSZA turun padang bantu mangsa banjir di Kemaman

Program Hero Komuniti Perdana UniSZA sebagai satu inisiatif untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik telah digerakkan untuk bantu mangsa-mangsa banjir
Mohammad Ishak in Menara Gading 1 week ago

Video| Cabaran COVID-19 di UUM! Berjaya tangani berkat sabar, saling membantu pelajar, warga!

Ketelusan serta sikap sabar dan bersedia bantu ketika pandemik COVID-19 pada 2020 dalam kalangan pelajar dan staf jadi punca bagi UUM berjaya hadapi wabak itu
Samsudin Oli Mohamed in Menara Gading 1 week ago

UiTM gerakkan 15,000 sukarelawan turun bantu mangsa banjir! Lancarkan Tabung Bencana Banjir!

UiTM gerakkan 15,000 sukarelawan untuk bantu mangsa banjir yang melanda beberapa negeri. Misi pascabanjir itu libatkan warga dan alumni dari seluruh cawangan
Sarfarizmal Saad in Menara Gading 2 weeks ago