Kampus & Pendidikan 01 Apr, 2024

Laksanakan amanah, tanggungjawab dengan sebaiknya! Titah Raja Muda Perlis kepada ALP dan LPU KUIPs!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this


Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail  bertitah pelantikan ini merupakan satu keperluan dalam sesebuah institusi pengajian tinggi.


Ahli Lembaga Pengarah (ALP) dan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) diingatkan agar melaksanakan amanah masing-masing dengan penuh telus, cekap dan berintegriti.

Titah baginda, dengan ilmu pengetahuan, kepakaran dan pengalaman yang dimiliki pastinya kesemua yang dilantik akan membantu usaha-usaha meninggikan syiar agama islam melalui sebuah universiti yang berteraskan Islam sebagai agenda utama.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor KUIPs bertitah pelantikan ini merupakan satu keperluan dalam sesebuah institusi pengajian tinggi.


Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyampaikan watikah pelantikan kepada Mohd Nazim Mohd Noor.


“Saya percaya dengan pelantikan ini, KUIPs dapat mencapai visi dan misi iaitu menjadi institusi akademik berteraskan Islam terkemuka pada peringkat antarabangsa yang menawarkan gabungan program pengajian Islam tradisional dan kontemporari di samping melahirkan insan berilmu dan beramal yang kompeten dalam memangkin pembangunan dan pemodenan negara,” titah baginda pada Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Watikah Pelantikan ALP dan LPU KUIPs di Auditorium KUIPs, Kampus Kuala Perlis pada 26 Mac 2024.


Raja Muda Perlis menyampaikan watikah pelantikan kepada Dr Amina Josetta Ahmad Kayani.

Pengurniaan Watikah Pelantikan ALP sesi 2024/2025 ini didahului Mufti Perlis Prof Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin selaku Pengerusi ALP KUIPs.

Manakala ALP yang lain ialah Mohd Nazim Mohd Noor, Dr Amina Josetta Dato’ Paduka Ahmad Kayani, Prof Madya Dr Mohd Azrul Azlen Abd Hamid, Prof Madya Ts Dr Mohd Ezree Abdullah dan Dr Nidzamuddin Zakaria.


Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kiri) menyampaikan watikah kepada Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle dan disaksikan oleh Tuanku Raja Muda.


Pada majlis yang sama, Watikah Pelantikan LPU sesi 2024/2025 telah disampaikan oleh Pengerusi ALP, Prof Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang disaksikan oleh Tuanku Raja Muda.

Senarai LPU yang dilantik bagi sesi 2024/2025 ialah Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran sebagai Timbalan Pengerusi LPU.

Manakala Ahli Lembaga Pengarah Universiti yang lain ialah Prof Madya Dr Mohd Azrul Azlen Abd Hamid, Prof Madya Ts Dr Mohd Ezree Abdullah, Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle (Rektor), Prof Dr Basri Ibrahim, Prof Madya Dr Mohd Akram Dato’ Dahaman@Dahalan, Dato’ Shushilil Azam Shuib, Prof Dr Azman Mohd Noor dan Tuan Rose Aza Che Arifin. - KitaReporters


Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyampaikan watikah pelantikan kepada Tuan Rose Aza Che Arifin. 


ALP dan LPU yang dilantik bergambar dengan Tuanku Raja Muda Perlis yang juga Canselor KUIPs.

14
13
0
16
0
You will be interested