Kampus & Pendidikan 16 Jul, 2024

Keterlihatan KUIPs sebagai pentas akademia! Anjurkan wacana Hadis Dha’if: Antara Maqbul dan Mardud!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Lebih 200 orang memenuhi Auditorium, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) bagi mendengar Wacana Polemik Hadis Dha’if: Antara Maqbul dan Mardud yang diadakan selama dua hari pada 6-7 dan Julai 2024.
Pengarah Pusat Islam KUIPs Mohd Roesfan Sazzerin Mohd Sofi berkata, siri wacana ini merupakan salah satu usaha dan peranan universiti ini sebagai salah sebuah Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam mendepani sesuatu isu-isu semasa. 


Katanya, wacana selama dua hari ini diadakan untuk memberi kefahaman kepada masyarakat terhadap polemik yang timbul melalui penerangan dan penjelasan ke arah kehidupan yang berpaksikan al-Quran dan Sunah Nabi SAW. 
“Selain itu, program ini juga adalah satu wacana ilmu dalam meningkatkan keterlihatan KUIPs kepada masyarakat umumnya sebagai pentas akademia, sekali gus dapat membuka mata masyarakat tentang peranan institusi ini sebagai sebuah Institusi Pendidikan di Perlis,” ujarnya lagi.


Program Wacana Polemik Hadis Dha'if: Antara Maqbul dan Mardud ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perlis dan Pusat Islam KUIPs. 
Pendakwah bebas yang telah dijemput ialah Dr. Hanaffie Hasin (atau lebih dikenali dengan Maulana Nasaie Hanaffie).

Moga penganjuran ini dapat memperjelaskan kepada umat Islam berhubung kekeliruan yang timbul berkaitan isu-isu semasa selain daripada keterlihatan KUIPs sebagai sebuah kolej universiti di Perlis. - KitaReporters/Kenyataan Media



10
5
0
11
0
You will be interested