Kampus & Pendidikan 03 May, 2023

Tahniah Dr Zoraida Mustafa! Pensyarah USIM terima anugerah Jepun! Imperial Order Of The Rising Sun!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada prousim@gmail.com

Share this


Dekan Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr. Zoraida Mustafa dianugerahkan dengan anugerah dekorasi diraja The Order Of The Rising Sun, Gold and Silver Rays' bagi menghargai sumbangan beliau dalam bidang pendidikan dengan mempromosikan pendidikan bahasa Jepun di Malaysia dan persefahaman bersama antara Jepun dan Malaysia. 

Dr. Zoraida telah terlibat dalam pelbagai aktiviti untuk mempromosikan pendidikan bahasa Jepun serta persefahaman antara Malaysia dan Jepun dan telah mengajar bahasa Jepun di Ambang Asuhan Jepun, Universiti Malaya sejak 1996. 

Selepas berpindah ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), beliau memulakan unit bahasa Jepun dan berkhidmat sebagai Ketua Pusat Bahasa dan Kebudayaan Jepun. 

Dr Zoraida juga merupakan pengasas dan Persatuan Pengajar Bahasa Jepun Malaysia (MAJLIS) yang pertama dan aktif mempromosikan rangkaian dalam kalangan pengamal bahasa dan budaya Jepun.




Beliau ketika dihubungi melahirkan ucapan penghargaan kepada semua pihak terutama kerajaan Jepun dan USIM yang telah memberi peluang dan sokongan untuk terus berkarya membina jaringan kerjasama Malaysia Jepun khususnya dalam bidang pendidikan bahasa dan budaya Jepun.

Kerajaan Jepun baru-baru ini telah mengumumkan penerima anugerah Dekorasi Diraja Nasional Asing oleh Maharaja Jepun untuk Anugerah Musim Bunga 2023 bagi menghargai sumbangan cemerlang mereka kepada hubungan Jepun-Malaysia.

Turut menerima pengiktirafan adalah Dato’ Wan Latiff Wan Musa, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) yang dianugerahkan 'Imperial Order of the Rising Sun, Gold Rays with Neck Ribbon'. - KitaReporters/USIM


17
9
0
7
0
You will be interested