Kampus & Pendidikan 25 Nov, 2023

Misi Jelajah Kesukarelawanan Kuala Pilah 2023 FEM USIM berjaya! Bentuk jati diri anak muda Islam!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada [email protected]

Share this


Selaras dengan pentingnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kesukarelawanan, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, SekreFEM Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terdiri daripada 40 mahasiswa dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Gachong, Kuala Pilah telah menganjurkan Program Misi Jelajah Kesukarelawanan Kuala Pilah 2023 pada 11 November 2023 baru-baru ini. 

Bertempat di Masjid Kampung Gachong, Kuala Pilah seramai lebih 20 kanak-kanak dari kariah kampung telah mengambil peluang untuk menyertai program membentuk jati diri anak muda Islam.



Misi Jelajah Kesukarelawanan Kuala Pilah 2023 itu telah dirasmikan oleh Dato’ Adnan Abu Hassan, Ahli Parlimen Kuala Pilah. 

Selain itu, lima pensyarah dari Universitas Negeri Surabaya (UNESA) dan Universitas Muhammadiyah (UNISMUH) Makassar turut serta dalam misi jelajah tahun ini.




Sementara itu, Najah Khairudin, mahasiswa tahun akhir Program Pentadbiran Korporat selaku Timbalan Pengarah program berkata, pelbagai aktiviti bermanfaat telah dijalankan antaranya gotong-royong, Smart Solat yang diselaraskan dengan keperluan komuniti, dan perkongsian adat perpatih. 

Jelasnya lagi, program ini mampu memberi impak positif kepada komuniti setempat dan sukarelawan khususnya. 

Dengan adanya program sebegini, USIM dapat melahirkan mahasiswa yang holistik dalam segenap aspek terutama dalam berbakti kepada masyarakat melalui kemahiran insaniah yang diperoleh daripada aktiviti kesukarelawanan.



“Melalui aktiviti gotong-royong, mahasiswa dapat memupuk nilai-nilai keprihatinan dan kebersamaan terhadap komuniti di luar kampus. 

"Selain itu, kami turut mengajar dan mendidik kanak-kanak ini mengenai asas solat yang betul dalam membentuk jati diri Muslim dalam kalangan generasi muda. 

"Tok Paduka Menti, Kamaruzaman Hussin juga turut berkongsi pengetahuan mengenai adat perpatih supaya dapat memastikan warisan adat tersebut dapat dikekalkan dan diwarisi oleh generasi akan datang,” ujar Najah lagi. - KitaReporters/USIM



 

 

10
9
0
11
0
You will be interested