Kampus & Pendidikan 01 Dec, 2023

Terima kasih ARCUPM! Manifestasi semangat kerjasama alumni! Berjaya lahirkan graduan berdaya maju!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Tiada kata dapat diucapkan selain ucapan terima kasih kepada Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) atas jasa dan bakti yang diberikan selama ini kepada para pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM).  Semangat kerjasama sesama alumni berjaya melahirkan graduan berdaya tahan mendepani cabaran. 

Pada 25 hingga 30 November 2023, Majlis Konvokesyen UPM kali ke-47, Sidang Ke-2 telah pun berlangsung di Kampus Serdang, Selangor. Sebelum ini, Majlis Konvokesyen bagi Sidang Pertama telah berlangsung pada 4 November lalu, di Kampus Bintulu, Sarawak.




Majlis Konvokesyen yang berlangsung di Serdang kali ini menyaksikan seramai 6,051 graduan dari peringkat PhD, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma menerima ijazah dan diploma masing-masing. 

Daripada jumlah itu, lapan daripada mereka adalah penerima anugerah pingat emas alumni dan juga penerima biasiswa tajaan daripada alumni UPM.

Penerima Anugerah Pingat Emas Alumni iaitu Pingat Emas Yayasan Pak Rashid (YPR) telah dianugerahkan kepada DK Aniisah Khoirunnisa’ PG Kamaluddin (Bacelor Sains Pertanian). 

Manakala Anugerah Sekuriti Makanan Farm Fresh diberikan kepada kepada Ummu Qatrunnada Liyana Kamaruddin, (Bacelor Sains Pertanian) dan Anugerah Endowmen Sultan Idris Shah diberikan kepada Nurul Syazwani Mohamed Zabidi (Bacelor Pentadbiran Pernigaan). 

Ketiga-tiga mereka ini antara penerima hadiah utama universiti kategori Anugerah Pingat Emas Alumni.


Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPR, Prof. Dr. Kalthum Hashim bersama penerima pingat emas YPR dan graduan tajaan biasiswa YPR.


Selain itu, lima lagi graduan yang turut bergraduat pada sesi pertama, Sidang ke-2 ini adalah graduan tajaan biasiswa alumni. 

Kali ini menyaksikan dua orang graduan daripada Biasiswa Cuckoo iaitu Mohd Syamim Abdul Razak dan Siti Nurfadlin Azman. 

Manakala seorang wakil daripada Biasiswa Ombak iaitu Nur Hidayah Mohd Abdah (Bacelor Perakaunan) dan dua orang graduan wakil daripada Biasiswa Yayasan Pak Rashid iaitu Murni Balqis Mohd Pakri (Dr. Perubatan Veterinar) dan Azmien Isma Mohd Khairunizan (Bacelor Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem).

Kelima-lima mereka ini adalah penerima biasiswa alumni yang mana mereka dapat menikmati kemudahan ‘free education’ dan segala perbelanjaan dan kos pengajian selama empat ke lima tahun dibiayai sepenuhnya oleh penaja yang terdiri daripada alumni UPM. 

Kesemua biasiswa ini adalah di bawah urus kendali pihak ARCUPM yang diberi amanah dan tanggungjawab untuk melancarkan perjalanan pengajian para pelajar ini. Mereka terdiri daripada para pelajar yang cemerlang akademik serta aktif dalam bidang kokurikulum.



Menurut Timbalan Pengarah ARCUPM, Fahmi Azar Mistar, penganugerahan Anugerah Pingat Emas Alumni kepada para pelajar yang cemerlang ini adalah salah satu cara untuk menghargai atas keringat mereka belajar hingga berjaya bergraduat dengan cemerlangnya. 

“Sebelum ini kita sudah ada tiga anugerah pingat emas sumbangan alumni iaitu Pingat Emas Syed Razlan, Pingat Emas Yayasan Pak Rashid dan Pingat Emas Alumni.

“Pada majlis konvokeysen kali ke-47 ini, dua lagi lagi pingat emas baharu iaitu Pingat Emas Anugerah Sekuriti Makanan Farm Fresh dan juga Anugerah Endowmen Sultan Idris Shah, menggenapkan kesemua anugerah pingat emas alumni kepada lima.

“Ini adalah sumbangan alumni dalam usaha untuk mengiktiraf sumbangan pelajar dalam meraih kejayaan akademik dan sekaligus bergiat aktif dalam bidang kokurikulum. 

“Manakala untuk tajaan biasiswa pula, ia diteruskan selagi alumni UPM terus kembali menyumbang kepada alma mater untuk bersama-sama mendorong dan mengiktiraf kecemerlangan pelajar di samping membantu para pelajar yang cemerlang tetapi mempunyai kekangan dalam kewangan,” ujarnya.


Prof. Dr. Kalthum Hashim menyerahkan cenderamata kepada penerima Pingat Emas YPR, DK Aniisah Khoirunnisa' PG Kamaluddin.


Fahmi Azar Mistar (tengah) bersama penerima pingat emas Anugerah Endowmen Sultan Idris Shah dan Anugerah Sekuriti Makanan Farm Fresh.


Bagi graduan Ummu Qatranunnada Liyana Kamaruddin, penerima Pingat Emas Anugerah Sekuriti Makanan Farm Fresh, beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas penganugerahan ini. 

Apa yang pasti beliau akan terus menyumbang bakti terutama kepada alma mater terutama dalam bidang yang menjadi kepakarannya iaitu bidang pertanian. 

“Saya juga mengharapkan lebih ramai belia ataupun graduan baharu yang mempunyai kepakaran dalam bidang pertanian terutama sekuriti makanan untuk kita bersama-sama menyumbang bakti terutama ilmu, idea dan kepakaran dalam bidang untuk sama-sama kita membangunkan industri ini dengan lebih baik pada masa akan datang. Terima kasih.” ujarnya.

ARCUPM selaku entiti yang menjadi penghubung rapat antara alumni dan universiti sentiasa membuka ruang dan menyediakan platform terbaik untuk alumni kembali menyumbang. 

Sumbangan tidak hanya tertumpu kepada wang ringgit semata-mata tetapi sumbangan dan pertukaran ilmu serta kepakaran juga amatlah dialu-alukan. 

Usaha untuk menjadi graduan UPM sebagai graduan bertaraf antarabangsa dan ‘laku’ dalam pasaran kerjaya adalah tuntutan semua. - KitaReporters


Wakil penaja Anugerah Sekuriti Makanan Farm Fresh, Jacob Mathan bersama penerima, Ummu Qatrunnada Liyana Kamaludin dan ahli keluarga.

13
8
0
6
0
You will be interested