Kampus & Pendidikan 31 Dec, 2020

Trend era digital, maya! UniSZA bina Studio al-Quran yang pertama! Untuk perkasa PdP hafazan

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

JIKA dahulu mengaji al-Quran biasa dilakukan di rumah atau pondok yang mempunyai guru agama untuk mengajar kanak-kanak secara berhadapan, tetapi kini kaedah lebih moden terutama pelajar di universiti menjadi trend baharu dalam era digital. Untuk itu, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memutuskan untuk membangunkan Studio al-Quran yang pertama di universiti itu. : KitaReporters


Pelajar UniSZA menggunakan studio untuk sesi pembelajaran al-Quran


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UniSZA:

https://kitareporters.com/search?search=unisza


UniSZA yang terkenal antara institusi pengajian tinggi (IPT) yang melahirkan penuntut cemerlang dalam bidang keagamaan kini mengorak langkah memperkasakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) khususnya dalam aspek pembacaan dan hafazan al-Quran dengan membangunkan Studio al-Quran yang pertama di universiti itu.

Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, berkata kos pembinaan studio yang diberi nama Studio Al Quran Ibn Al-Jazari itu adalah berjumlah RM360,601.

Katanya, pihaknya membelanjakan RM120,713 bagi pembinaan fizikal studio menggunakan dana zakat UniSZA di bawah asnaf fi sabilillah, manakala selebihnya adalah peruntukan universiti bagi pembelian peralatan komputer.


Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan


“Kami harap semoga ianya benar-benar dapat dimanfaatkan ke jalan Allah sesuai dengan matlamat utama peruntukan zakat dikeluarkan untuk pembinaannya," katanya ketika merasmikan studio itu, pada 22 Disember 2020.

Beliau berkata, studio yang di bawah jagaan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) itu turut boleh digunakan oleh fakulti lain bagi tujuan PdP, mesyuarat dan temu duga dalam talian.


Studio Al Quran UniSZA mula beroperasi Februari 2020


“Semoga studio ini dapat memberi manfaat yang semaksimun mungkin kepada seluruh pelajar UniSZA terutama pelajar Ijazah Sarjana Muda (ISM) al-Quran dan al Sunnah (Qiraat),” katanya.

Dr Hassan berkata, studio tersebut dapat memberi pelajar tahfiz untuk belajar al-Quran dengan lebih mudah melalui pembelajaran dalam talian.

Sebelum ini, katanya, pelajar terpaksa pergi ke bilik-bilik pensyarah untuk belajar al-Quran tetapi bila wujudnya studio ini ia lebih mudah untuk pensyarah membetulkan bacaan al-Quran. 



Katanya, studio al-Quran sendiri yang diberi nama Studio al-Quran Ibn Al Jazari sempena nama Tokoh al-Quran dan Qiraat yang terkemuka iaitu Sheikh Muhammad Ibn Muhammad Ibn Muhammad Ibn Ali Ibn Yusuf atau lebih dikenali sebagai Ibn Al-Jazari.

Pembinaan studio itu juga turut mencatat sejarah sendiri buat UniSZA kerana menjadi universiti pertama di negeri itu yang menyediakan kemudahan seumpamanya kepada penuntutnya.

Katanya, studio al-Quran yang mula digunakan pada Februari 2020 lalu itu juga ditubuhkan bagi memenuhi keperluan dan syarat yang ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

"Studio al-Quran ini juga ditubuhkan untuk memberi manfaat dan kemudahan kepada peserta Sijil Tahfiz al-Quran yang terdiri daripada pelbagai fakulti di UniSZA," katanya.

Beliau berkata, selain penggunaannya untuk pembelajaran al-Quran, subjek-subjek lain yang turut melibatkan makmal seperti subjek bahasa juga boleh menggunakan studio berkenaan.

Studio al-Quran Ibn Al-Jazari itu mula dibina sejak awal tahun 2017 sebelum disiap sepenuhnya pada penghujung 2019 dan mula digunakan pada bulan Februari 2020 lalu oleh penuntut Qiraat dan Sijil Tahfiz al Quran. - KItaReporters


Canggih Studio Al Quran yang dibangunkan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu

1
1
0
0
0
You will be interested