Kampus & Pendidikan 09 Sep, 2023

Saranan Sultan Kedah! Disiplin, ilmu jadi pedoman! Bagi generasi muda warisi pemerintahan, kepimpinan!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this


Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin mencemar duli di Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja di Padang Kawad PALAPES, Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 9 September 2023.


Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengajak generasi muda jadikan ilmu pengetahuan dan disiplin sebagai pedoman untuk menjadi pewaris tampuk pemerintahan dan kepimpinan negara nanti.

Titah baginda, ilmu pengetahuan dan disiplin ini amat penting  untuk melahirkan pemimpin dan pemerintah  yang  cekap dan berjaya.

“Pelbagai cara untuk memperolehi ilmu pengetahuan sama ada dengan membaca, pengalaman, mendengar, melihat dan melalui unsur-unsur lain harus dilakukan dengan bersungguh dan penuh keazaman selain berkorban masa,” titah baginda.


Perbarisan lintas hormat oleh Pasukan PALAPES Udara.

Hari bersejarah bagi Pegawai Kadet
Sultan Kedah menyarankan kepada semua PALAPES supaya menanamkan semangat tidak jemu mempelajari dan menambah ilmu dalam semua bidang termasuk kedua-dua aspek ini untuk terus bergerak maju dan berdaya saing bagi melahirkan keunggulan peribadi dan memberi impak luas kepada organisasi seterusnya melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak mulia nanti. 

Pastinya berbekalkan ilmu dan kemahiran yang diperolehi sepanjang tiga tahun dalam latihan yang diikuti ini mampu untuk menempuh setiap cabaran yang dihadapi dalam kerjaya masing-masing nanti. 

Seterusnya baginda mengharapkan semua yang ditauliah hari ini dapat memberi sumbangan berguna dalam bidang pertahanan dan terus aktif dengan perkhidmatan angkatan sukarela di seluruh negara. 


Ibu bapa dan ahli keluarga dari 20 UA membanjiri Padang Kawad PALAPES UUM.

Sempena pentauliahan ini seramai 1,488 Pegawai Kadet PALAPES terdiri daripada 20 Universiti Awam (UA) menerima watikah tauliah sebagai Pegawai Muda dalam Rejimen Askar Wataniah (RAW) di Dewan Mu’adzam Shah.

Terdahulu Tengku Sarafudin Badlishah telah disambut oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman, Panglima-Panglima Perkhidmatan dan Naib Canselor UUM, Kolonel (Kehormat) Profesor Dr. Mohd Foad Sakdan di Padang Kawad PALAPES untuk Istiadat Perbarisan.

Istiadat Perbarisan ini diketuai Pegawai Rendah Kanan (PRK) Muhammad Irfan Mohamad dari PALAPES Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).


Pegawai Kadet PALAPES di Dewan Dewan Mu’adzam Shah UUM.

Bersempena dengan perbarisan ini penyampaian Anugerah Pedang Kehormat kepada 37 Pegawai Kadet Terbaik bagi setiap perkhidmatan turut diadakan.

Tengku Sarafudin Badlishah  menyampaikan tauliah sebagai Pegawai Muda dalam Rejimen Askar Wataniah (RAW) di Dewan Mu’adzam Shah.


Bersempena dengan perbarisan ini penyampaian Anugerah Pedang Kehormat kepada 37 Pegawai Kadet Terbaik bagi setiap perkhidmatan turut diadakan.

Selesai istiadat perbarisan, DYTM Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah turut berkenan mengurniakan watikah tauliah kepada para pegawai yang terdiri daripada 861 Pegawai Muda di dalam Rejimen Askar Wataniah (RAW), 287 Pegawai Muda di dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) dan 340 Pegawai Muda di dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM) yang berlangsung di Dewan Mu’adzam Shah, disusuli dengan bacaan ikrar Taat Setia Perwira. 

Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES UA ke-41 merupakan istiadat yang diadakan secara tahunan dan dianjurkan oleh UA di seluruh Malaysia mengikut penggiliran. - KitaReporters


Tengku Sarafudin Badlishah berangkat meninggalkan majlis.

10
13
0
15
0
You will be interested