Kampus & Pendidikan 24 Oct, 2023

Syabas pasangan kembar! Salah seorang berstatus OKU fizikal! Bangga kini dapat bergelar graduan UMT!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Wan Nursalehah (kiri) dan Wan Nur Fatihah Wan Mohd Fauzi bersama ijazah masing-masing


PASANGAN kembar tak seiras Wan Nursolehah Wan Mohd Fauzi dan Wan Nurfatihah Wan Mohd Fauzi, 25, berbangga apabila berjaya menamatkan pengajian masing-masing dan bergelar graduan pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Kali Ke-21 pada 24 OKtober 2023

Wan Nursolehah merupakan graduan Orang Kelainan Upaya (OKU) mengalami kecacatan kategori fizikal di mana tangan kiri dan kaki kirinya pendek. Namun demikian pasangan kembarnya Wan Nurfatihah dilahirkan normal.

Memiliki minat yang sama dalam bidang psikologi, masing-masing sepakat untuk meneruskan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Kaunseling di UMT dan berjaya bergraduasi dengan Purata Gred Kumulatif 3.50.


Pasangan kembar mendapat ciuman dari ibu bapa mereka sejurus menerima ijazah di UMT


Mengakui kadangkala tiada keyakinan diri dan malu berdepan dengan orang ramai yang melihatnya kurang sempurna berbanding kembar dan rakan-rakan lain, namun Wan Nursolehah tetap bersyukur kerana diberikan nikmat kasih sayang daripada keluarga dan rakan seperjuangan tanpa membezakan fizikalnya.

"Emak pesan agar saya yakin dan reda dengan pemberian Allah. Pesan emak akan sentiasa saya semat di hati sampai bila-bila. Sejak dulu saya berazam mahu jadi lebih baik daripada kakak (kembar).

“Bagaimanapun saya selalu menjadikan kakak sebagai pembakar semangat dan saingan tambahan kami belajar dalam bidang yang sama dan selalu bersaing untuk mendapat markah paling tinggi setiap kali peperiksaan,” katanya lagi.


Ahli keluarga merikan kejayaan pasangan kembar sempena kovoksyen UMT Ke 21


Menurut anak ketiga kelahiran Kelantan namun dibesarkan di Johor ini lagi, kesukaran menyesuaikan diri di kampus antara cabaran perlu dilalui apabila kolej kediaman dengan fakulti agak jauh dan menyukarnya untuk bergerak memandangkan keadaan fizikal kakinya tidak sama. 

Memandangkan pasangan kembarnya juga merupakan buddyz sepanjang pengajian di UMT, kakaknya sentiasa membantu dan memudahkan pergerakan ke kuliah. Malah turut bersyukur kerana pihak universiti sangat prihatin dengan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk OKU sepertinya.

Kekurangan diri tidak menghalang untuk berjaya dalam akademik.  “Ia bukan halangan, bahkan pemangkin semangat untuk berjaya. Yang penting saya berjaya dalam hidup dan membanggakan ibu dan bapa,” katanya Wan Nursolehah. - KitaReporters

16
12
0
11
0
You will be interested