DALAM Islam menutup aurat termasuk kepala adalah wajib namun menutup muka pula bukan perkara yang diajar dalam Islam.
Selari dengan itu, Kerajaan Mesir mengumumkan larangan pemakaian niqab di sekolah.
Larangan berkenaan akan dikuat kuasa bermula sesi akademi terbaharu yang akan bermula pada 30 September 2023 ini dan diteruskan sehingga 8 Jun 2024.
Memetik alJazeera.com, pelajar kini diberi pilihan untuk memakai tudung ke sekolah. Bagaimanapun mereka tidak dibenarkan menutup muka, kata Menteri Pendidikan Mesir, Reda Hegazy.
Penjaga atau ibu bapa juga perlu mengetahui mengenai pilihan anak-anak mereka dan ia mesti dibuat tanpa sebarang tekanan luar.
“Di sini, peranan guru-guru bahasa Arab, pendidikan agama, dan pendidikan sosial dan kaunseling memberi sokongan secara psikologi terhadap keputusan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa,” katanya.
Pada masa sama, Reda berkata kementerian kini dalam perbincangan untuk memperkenal pendekatan yang diselaraskan.
Lembaga sekolah, dengan kerjasama pemegang amanah, ibu bapa dan guru, akan menentukan warna seragam yang sesuai untuk pelajar lelaki dan perempuan.
Keputusan ini akan dibuat dengan berunding dengan Direktorat Pendidikan, memastikan penampilan pelajar yang bersatu dan diselaraskan untuk semua pelajar.
Sehingga kini beberapa institusi awam dan swasta di seluruh Mesir telah pun mengenakan larangan pemakaian niqab. - KitaReporters