Kampus & Pendidikan 06 Apr, 2024

Terus cemerlang! UPSI ungguli Anugerah Keusahawanan KPT 2023! Hasil komitmen tinggi warga universiti!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this


TIADA yang mustahil untuk meraih kejayaan sekiranya seluruh kakitangan bersatu dan bertekad untuk berusaha gigih dalam menjayakan misi universiti.

Itu adalah antara resepi kemenangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim meraih kejuaraan dan  mengenggam Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi (AKKPT) 2023 yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir, di Kuala Lumpur pada 9 Mac 2024.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, berkata kejayaan yang teramat manis itu tercipta apabila UPSI tersenarai kali kedua sebagai finalis dan kemudiannya muncul juara keseluruhan yang merupakan suatu anugerah terindah.


Dr Md Amin Md Taff (dua dari kanan) menerima trofi Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi 2023 daripada Dr Dr Zambry Abdul Kadir di Kuala Lumpur, pada 9 Mac 2024.


“Begitu juga komitmen tinggi dan berani Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin bersama kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan segenap pelajar UPSI yang sentiasa bersemangat dalam mengharumkan nama UPSI.

“Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE), Dr Sharul Effendy Janudin menggerakkan semua pusat tanggungjawab menjana pendapatan menerusi pelbagai keusahawanan,” ujarnya.

"Semuanya berkat usaha, iltizam, keinginan dan kepercayaan segenap warga UPSI dalam menjulang maruah universiti bersejarah berikutan memiliki pasukan yang hebat serta bersatu tekad termasuk pasukan Jabatan Bendahari yang diketuai Mohamad Najib Mohamed yang kreatif memperkenal pelbagai idea baharu keusahawanan dan penjanaan kewangan antaranya Specific Business Unit@Faculty, FTV Inc, WEZAS di samping projek solar di kawasan parking," kata  Dr Md Amin. 


Panel penilai bertemu pelajar yang menjalankan aktiviti keusahawanan di Kompleks Bitara, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.


Anugerah yang suatu masa dahulu hanyalah impian, kini berada dalam genggaman UPSI yang  meraih anugerah berprestij iaitu Anugerah Institusi Keusahawanan Terbaik bersama Multimedia University (MMU) dan turut menerima Anugerah Khas Media Sosial Siswa terbaik menerusi pelajar di Fakulti Sains Kemanusiaan, Muhamad Nur Syahir Mohd Nordin, yang meraih tempat ketiga.

Selain itu UPSI juga memenangi tempat pertama apabila pelajar Fakulti Sains Matematik, Nurul Zharif Amani Azuki menerima Anugerah Projek Siswa Berteknologi Terbaik - Video Kreatif. - KitaReporters


Pelajar menunjukkan buah-buahan hasil tanaman Fakulti Teknikal dan Vokasional yang turut dijual.

13
12
0
13
0
You will be interested