
Peluang
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi terbuka kepada para pelajar yang
baharu menamatkan persekolahan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lalu (2024).
Justeru itu,
seorang anak Orang Asli, Reeny Rani, 19, antara 1,190 pelajar baharu yang mendaftar di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra
di Kedah bagi sesi 1-2025/2026 pada 27 Julai 2025 lalu.
Anak Orang
Asli dari suku Temiar itu yang bercita-cita menjadi Jurutera mengikuti bidang
Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Plastik.
Reeeny Rani
merupakan anak ketiga dari 5 orang adik beradik daripada pasangan Rani Alang
dan Fafeah Alut dari perkampungan Orang Asli di Negeri Perak.
Bekas pelajar SMK Clifford, Kuala Kangsar ini berasal dari Kampung Lalang Baru, Lasah, Sungai Siput, Kuala Kangsar, Perak – sebuah perkampungan Orang Asli yang jauh di pedalaman dan hanya boleh diakses melalui jalan balak dan mengambil masa lebih empat jam untuk ke POLIMAS.
“Saya macam tak percaya boleh belajar sampai ke POLIMAS. Saya tak pernah sampai ke Jitra pun sebelum ini dan cara percakapan orang di sini pun lain,” katanya ketika ditemui sambil tersenyum.

Namun
begitu, keinginan mendalam dalam bidang kemahiran TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) dan cita-cita untuk
menjadi jurutera telah membakar semangat Reeny untuk terus melangkah jauh dari
kampung halaman.
“Saya memilih
kursus mekanikal plastik kerana minat saya terhadap penciptaan dan binaan.
“Saya suka
bidang yang mencabar dan membina sesuatu. Saya mahu jadi jurutera suatu hari
nanti,” ujar Reeny penuh yakin.
Dorongan untuk meneruskan pengajian daripada dorongan abangnya yang kini berkhidmat sebagai anggota polis.
“Saya nak ikut jejak abang, dapat pekerjaan
yang membanggakan. Abang saya menjadi sumber inspirasi saya serta dorongan
daripada kedua-dua ibu dan bapanya” katanya.
Reeny
menerima bantuan pengajian daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA) Negeri
Perak.
Dengan semangat juang yang tinggi, Reeny kini menanam harapan untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah dan menjadi jurutera berjaya, sekali gus membuktikan bahawa anak Orang Asli juga mampu melangkah jauh dalam dunia pendidikan dan kerjaya.
Semoga Reeny berjaya mencapai cita-citanya, sekali gus memajukan diri dan keluarganya khususnya, dan masyarakat Orang Asli amnya. - KitaReporters