Kampus & Pendidikan 06 Nov, 2025

Tolong kami! Bantu Madrasah Addinah Azzakiah! Perlu lagi 70 pondok pelajar untuk dijadikan kediaman!

Share this

Sistem pondok tradisional merupakan sistem pembelajaran secara bertalaqqi (berhadapan) dengan guru yang semakin lama semakin pupus sekiranya tidak dipertahan.


Barisan pondok madrasah sedia ada yang menjadi kediaman setiap pelajar.

Pondok baharu sedang dibina bagi keselesaan pelajar.

Madrasah Addiniah Azzakiah yang lebih dikenali sebagai Pondok Lubuk Periuk, Ajil, Trengganu telah wujud sejak 10 tahun lalu.

Manakala subjek pengajian di madrasah itu merangkumi tauhid, fekah, tasawuf, tafsir, nahu dan sorof serta 15 kitab pengajian setiap hari.

Pondok pelajar lelaki yang ada kini adalah 50 pondok dan perlu ditambah sebanyak 50 pondok lagi.

Sementara itu, pondok pelajar perempuan sedia ada sebanyak 5 pondok, namun perlu ditambah sebanyak 20 pondok lagi.

Setiap pelajar hanya dikenakan yuran bulanan sebanyak RM10 dan RM100 pada awal kemasukan ke madrasah ini.


Surau sedia ada masih serba kekurangan dan turut menjadi tempat  pengajian pelajar.

Antara pelajar yang sedang mengikuti pengajian pondok.

Menurut mudir dan pengasas madrasah, ustaz Zaki Masur, sebuah pondok menelan kos sebanyak

RM7,500 satu dan setakat ini, jumlah keseluruhan pondok yang perlu disediakan adalah sebanyak 70 buah.

"Dana sedia ada tidak mencukupi dan masih memerlukan wakaf mahupun infaf bagi merealisasikan hasrat murni ini.

"Madrasah Addiniah berdaftar dengan JAKIM dan juga Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri dan kami menyediakan tanah sendiri.

"Sumbangan sebanyak RM75 seorang sekiranya dijumlahkan dengan 100 pewakaf sudah mampu untuk menyiapkan sebuah pondok pelajar," ujar beliau lagi.


Lagi suasana pengajian pondok yang sedang dilaksanakan di Madrasah Addiniah Azzakiah.

Suasana pengajian kitab di surau madrasah.

Infrastruktur dan kemudahan yang lain, tegas beliau sedang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. 

Namun begitu katanya, pembinaan pondok menjadi keutamaan kerana ia sebagai tempat tinggal pelajar yang masih diperlukan.

Sehubungan itu bagi sesiapa yang ingin menyumbang atau bersedekah bagi membina pondok-pondok pelajar tersebut boleh disalurkan kepada akaun Maybank milik Madradah Addiniah Azzakiah  bernombor 5630 3706 2057 atau Bank Islam bernombor 1306 2010 0347 68.

Mudir Madrasah boleh dihubungi melalui nombor telefon 014 543 4773 atau setiausahanya 018 871 4849. - KitaReporters


Kemudahan dewan makan yang turut dalam proses pembinaan bagi kegunaan para pelajar pondok.

20
12
0
16
0
You will be interested