Kampus & Pendidikan 09 Sep, 2022

Pendakian ke puncak! 20 sertai Misi Kemanusiaan UUM - Kem Pangkalan Annapurna Endurance Challenge!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Dr Fng Ah Seng (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan RM40,000 kepada Prof. Dr. Russayani Ismail.

SERAMAI 16 staf akademik dan empat staf pentadbiran Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diketuai Dekan Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM), Prof. Dr. Nor Aziah Abd Manaf, akan menyertai Misi Kemanusiaan Universiti Utara Malaysia (UUM) - Kem Pangkalan Annapurna (ABC) Endurance Challenge 2022 bertemakan ‘Humanizing Education’ pada 19 September 2022 ini

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Russayani Ismail berkata, program yang tertunda sejak Mac 2020 akibat penularan wabak COVID-19 akan diteruskan pada tahu 2022 ini dengan kerjasama Epic Valley Holdings, Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng dan beberapa penaja lain.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan  Kem Pangkalan Annapurna (ABC)

Dr. Fng Ah Seng berkongsi cerita melalui buku yang dihasilkan ketika beliau menyertai ekspedisi mendaki gunung.


“UUM berterima kasih kepada Pengarah Urusan Epic Valley Holdings dan Pengerusi Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng, Mejar (Kehormat) Tan Sri Prof. Dr Fng Ah Seng kerana sudi menyumbangkan RM40,000 bagi menjayakan misi ini,” ujarnya dalam ucapan sempena penerimaan cek penajaan di Wisma Epic Valley, Perai, Pulau Pinang baru-baru ini.

Beliau turut berharap sumbangan dan sokongan ini dapat merealisasikan hasrat Misi Kemanusiaan UUM-ABC mencapai objektifnya.


Dr Fng Ah Seng (tengah), Prof. Dr. Russayani Ismail (kanan) dan Prof Dr Nor Aziah Abd Manaf. 

Sementara itu, Fng yang juga Profesor Adjung TISSA dalam ucapannya berharap semua peserta yang akan menyertai misi ini telah bersedia dari semua aspek dan membawa nama universiti ke puncak dunia.

“Saya sentiasa memberi sokongan terutama program-program yang melibatkan pusat pengajian tinggi,” ujarnya dalam pertemuan itu.


Peserta pendakian bergambar kenangan selepas majlis penyampaian sumbangan.

Menurut Nor Aziah, 20 peserta yang akan menyertai program selama 13 hari ini telah bersedia dari segi fizikal dan mental termasuk merancang beberapa aktiviti ketika di Nepal antaranya bersama pelajar tahfiz dan penduduk di situ. 

“Saya berharap misi kemanusiaan ke ABC ini dapat memberikan impak yang positif bagi UUM berada di persada antarabangsa,” ujarnya lagi.

Semua peserta dijangka bertolak dari KLIA pada 19 September 2022 jam 11.00 pagi dan dijangka tiba semula di KLIA pada 1 Oktober 2022 jam 5.10 pagi. - KitaReporters


13
13
0
15
0
You will be interested