Kampus & Pendidikan 19 Dec, 2020

Jomlah masuk IKTBN Pagoh! Jadi tenaga kerja mahir mekanikal!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

LEPASAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berumur 18 hingga 30 tahun ditawarkan pengajian secara percuma dalam bidang teknologi pembuatan, pemesinan dan pengeluaran di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh di Johor. Lulusan yang tamat pengajian dari institut ini akan ditawarkan gaji permulaan RM1,500 hingga RM1,700. : KitaReporters 


Peserta kursus dan tenaga pengajar bergambar bersama mesin dan produk yang dihasilkan semasa kursus.


Lagi cerita-cerita berkaitan IKTBN:

https://kitareporters.com/search?search=iktbn


Mereka bakal berpeluang untuk menjawat jawatan seperti penolong jurutera, juruteknik pemesinan, pereka bentuk mekanikal, kawalan kualiti, pembuatan serta penyelenggaraan, dan penyelenggaraan mesin.

Menurut Pengarah IKTBN Pagoh Suzana Mohamed Zohdi, pelajar yang berjaya tamat pengajian mereka di institut ini menjadi rebutan memandangkan perkembangan pesat dalam industri pembuatan di Malaysia kini.

Katanya, kebolehpasaran lulusan di institut ini ialah 95 peratus sejak ia beroperasi pada tahun 2003.


 

Pengarah IKTBN Pagoh Suzana Mohamed Zohdi.


“IKTBN Pagoh berkembang dengan pesat dalam memenuhi permintaan global untuk menjadi lebih kompetitif dalam sektor pembuatan di mana menyumbang kepada ekonomi negara pada tahun 2012, dengan pertumbuhan KDNK 4.8 peratus berjumlah RM186.9 bilion," katanya lagi.

Sektor ini mendapat sokongan penuh daripada kerajaan dalam membantu negara untuk penghasilan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mencukupi dan memfokuskan kepada pembangunan modal insan.


Tenaga pengajar Jabatan Alatan dan Acuan IKTBN Pagoh, Suhaini Musa sedang membuat demonstrasi pemasangan mesin cetak 3D.


Suzana menambah IKTBN Pagoh sebagai Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Mekanikal industri ini juga menyediakan pelbagai latihan dan modul untuk melahirkan pelajar mahir dalam mengendalikan mesin pengangkutan, perindustrian jentera, peralatan elektrik, elektronik, barangan rumah, peralatan pejabat, peranti optik, bekas kaca, bahan binaan dan juga mainan. 

Calon yang berminat boleh menghubungi IKTBN Pagoh menerusi talian 06-9737836 atau 0145409450 untuk memohon kursus dalam bidang kimpalan, penyelenggaran industri, alatan serta acuan dan pemesinan selama 15 bulan hingga 24 bulan mengikut pilihan pengajian mereka bagi mendapat Sijil Kemahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Sepanjang mereka di institut ini makan, minum, penginapan dan pengajian adalah secara percuma.

IKTBN Pagoh adalah antara 22 Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Malaysia yang ditubuhkan untuk melatih belia dalam bidang kemahiran teknikal dan Vokasional bagi melahirkan pekerja mahir dan separuh mahir untuk keperluan sektor perindustrian negara. - KitaReporters


Pelajar sedang menggunakan mesin pengisar (milling) bagi menghasilkan acuan (mould). 


Ketika wabak Koronavirus (COVID-19) IKTBN Pagoh juga turut menyediakan pelindung muka untuk petugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Johor. 

16
0
0
0
1
You will be interested