Kampus & Pendidikan 27 Mar, 2022

Cepat, cepat! Jangan tercicir! Program Outreach Jom Masuk IPT di Baling! 19 UA, 2 ILKA, 3 IPTS!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Abdul Azeez Abdul Rahim (dua dari kanan) bersama pelajar yang mengunjungi booth Universiti Utara Malaysia (UUM).

LEBIH 1,000 orang mengunjungi Program Outreach Jom Masuk Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Dewan Kenangan Tun Abdul Razak, Baling, Kedah pada hari pertama penganjurannya pada Sabtu, 26 Mac 2022.

Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, program yang diadakan sepanjang dua hari mulai 26 hingga 27 Mac 2022 ini bertujuan menyebar luas maklumat berkaitan kemasukan bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Matrikuluasi, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf khusus kepada penduduk Baling.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan daerah Baling

Ibu, bapa, waris dan pelajar yang hadir di Dewan Kenangan Tun Abdul Razak, Baling, Kedah.
Penduduk sekitar daerah Baling yang hadir.

Namun dalam masa yang sama dimaklumkan terdapat penduduk dari daerah lain di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan utara Perak yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan maklumat dan panduan kemasukan dengan lebih jelas dari institusi yang mengambil bahagian.

“Saya yakin dengan kerja berpasukan terdiri dari Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, Persatuan Pesara Pendidikan Daerah Baling dan Universiti Utara Malaysia (UUM) ini akan memberi peluang kepada ibu bapa, waris dan pelajar-pelajar yang mengunjunginya mendapatkan maklumat dan membimbing calon-calon untuk memilih program untuk menyambung pengajian mereka nanti,” ujarnya ketika berucap di majlis itu.


Ketua Pembantu Tadbir UMS Suhairin Abdul Kadir ( dua dari kiri) memberi penerangan mengenai kemasukan ke universiti itu.

Dekan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, UTeM Prof Dr Zamberi Jamaludin (dua dari kiri) sedang menerangkan syarat kemasukan ke universiti itu.


Dalam pada itu Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Rozaini Ahmad dalam ucapan perasmiannya berharap program ini dapat memberi manfaat kepada semua warga wilayah utara terutama penduduk Baling. 

“Kami di JPN sentiasa akan memberi sokongan kepada JPT, Pejabat Ahli Parlimen Baling, UUM dan rakan strategiknya yang lain menjadikan program ini sebagai pusat sehenti bagi pelajar lepasan SPM, STPM, STAM, Diploma dan lain-lain untuk mendapatkan maklumat bagi mereka menyambung pengajian diperingkat lebih tinggi,” ujarnya dalam ucapan yang dibacakan oleh Timbalannya Ahmad Shukri Shafie

Program ini melibatkan 19 Universiti Awam (UA), ILKA (2), IPTS (3) lain-lain KPT, MQA, PTPTN, BEM, JPN dan UPU. - KitaReporters


Pelajar mendapatkan penerangan kemasukan daripada pegawai KUIPS.
Penolong Pendaftar, Pusat Pemasaran dan Pengambilan (MRC), Universiti Malaya (UM) Adi Yusran (dua dari kiri) sedang menerangkan program yang ditawarkan oleh universiti itu. 

Pegawai Tadbri dari UTHM Muhamad Uzma Radzi sedang menerangkan syarat peluang kemasukan ke universiti itu.


Pengarah Program Pra Pendidikan Tinggi UiTM (PPT) Prof Madya Dr Ts. Dr Aini Jaapar sedang menerangkan mengenai peluang kemasukan ke UiTM.


Pegawai dari UPM menjadi tumpuan pengunjung Jom Masuk IPT di Baling.
Pegawai dari UTM Mohamad Fattah Roslee menerangkan kepada pelajar yang ingin mendapatkan maklumat mengenai peluang kemasukan ke universiti itu.

17
11
0
19
0
You will be interested