Menara Gading 10 May, 2022

Video| Mari pilih! 5 finalis anugerah pendidik cemerlang! RISE Educator Award Taylor's College!

@editor 1
Semua kenyataan akhbar/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com atau kita.reporters@gmail.com

Share this


MEWUJUDKAN matlamat yang boleh dicapai oleh pelajar adalah usaha yang biasa bagi guru-guru, tetapi bagaimana untuk memberi inspirasi kecemerlangan dalam kalangan pelajar berkeperluan khas dan golongan yang dibesarkan di kawasan pedalaman yang mempunyai kurang akses kepada kemajuan teknologi?

Bagi pendidik luar biasa yang dicalonkan untuk RISE Educator Award (Anugerah Pendidik RISE), mereka mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif untuk membantu pelajar belajar dengan gaya yang terbaik bagi mereka, serta pengalaman hidup yang akan membantu mereka bersikap positif dalam kehidupan.

Ini termasuk memberi inspirasi kecemerlangan untuk kanak-kanak berkeperluan khas dan merapatkan jurang teknologi, menurut kenyataan media Taylor's College pada 9 Mei 2022. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan guru-guru


Mohammad Hazeem Azemi dari SMK Kuala Krau, Pahang

Cikgu Hazeem adalah seorang guru luar biasa yang bukan sahaja berusaha keras tetapi tidak mengenal penat dalam usahanya untuk mencetus inspirasi di dalam dan di luar kelas bagi membantu pelajar Orang Asli dan pelajar berkeperluan khas di kawasan pedalaman Pahang. 

Dicalonkan oleh rakannya, Haspura Abu Hanipah yang juga guru kaunseling di sekolah itu, beliau menceritakan bagaimana Cikgu Hazeem membantu pelajarnya untuk mendapat pengalaman seronok yang tidak pernah mereka alami sebelum ini.

Antara kebaikan yang dilakukan Cikgu Hazeem kepada pelajarnya termasuklah membantu pelajar autistik untuk mengasah kemahiran mereka bagi mewakili Malaysia dalam pertandingan Cabaran IT Global yang berlangsung di Korea Selatan. 

Pelajar itu, yang dikenali sebagai seorang pemalu dan sering dibuli oleh rakannya kerana perbezaannya, kini dinobatkan sebagai Ikon Murid OKU di daerah Temerloh. 

Satu lagi kebaikannya yang menjadi inspirasi boleh dilihat dalam usahanya untuk membantu pelajar yang mengidap Cerebral Palsy atau Palsi serebrum (CP) yang bercita-cita untuk menaiki pesawat. 

Cikgu Hazeem berusaha untuk menaja tiket dan perbelanjaan pelajar tersebut, dan membawanya ke Langkawi, yang kemudiannya memberi inspirasi kepada beliau untuk menghasilkan sebuah filem pendek bertajuk ‘Amer’. Apa yang lebih menggembirakan adalah Cikgu Hazeem turut membawa pelajar-pelajar lain untuk menyertai pengembaraan mereka.


Mohamad Huszaimi Husin dari SMK Tanjong Bunga, Pulau Pinang

Seorang lagi guru yang memberi inspirasi ialah Mohamad Huszaimi Husin, yang dikenali dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan rakan-rakannya sebagai Cikgu Mi. 

Dicalonkan oleh Ahmad Shahmil Akhbar Ali, Cikgu Mi sering dikaitkan sebagai ‘contoh seorang yang bekerja keras’ kerana usahanya untuk menjadikan kelas beliau seronok dan boleh diakses – terutama oleh pelajar yang menghadapi kesulitan belajar.

Cikgu Mi mengkhusus dalam bidang IT dan membantu pelajarnya terutama yang mengalami keadaan seperti disleksia, kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD), autisme, pelajar lembam dan sindrom Down untuk mahir dalam menggunakan komputer.

Usaha beliau untuk membantu pelajar-pelajarnya menggunakan teknologi telah membolehkan mereka membiasakan diri dengan dunia sosial yang melibatkan revolusi perindustrian keempat (IR4) yang akan mempengaruhi masa hadapan, dan usaha ini telah membolehkan beliau banyak kali dinobatkan sebagai ‘guru luar biasa’.


Liang Pek Kue dari Tadika Little Leader, Perak

Menurut pencalonnya, Shu Ping Hock, Cikgu Liang adalah pengetua tadika yang pusatnya turut mendidik ramai kanak-kanak dengan keperluan khas.

Dalam hantaran penyertaannya, Shu menceritakan bagaimana tadika itu sering dilabel sebagai ‘pusat keperluan khas’ yang menjejaskan pendaftaran masuk ke tadika itu. Walau bagaimanapun, ia tidak merunsingkan Cikgu Liang kerana beliau percaya tanggungjawabnya untuk membantu seramai mungkin kanak-kanak. 

Sifat sayang dan prihatin kepada pelajar-pelajarnya telah memberi dirinya minat dan semangat untuk mempelajari tentang pembangunan psikologi kanak-kanak ini dengan membaca dan menyertai banyak kursus. 

Beliau membuat sedemikian, agar beliau boleh memberi kejayaan kepada pelajar-pelajar kecilnya dan memberikan mereka akses dan peluang yang sama seperti rakan-rakan mereka. 


Saifulnizan Che Ismail dari SK Raja Bahar, Kelantan

Cikgu Saifulnizan, sering dianggap sebagai guru yang berperwatakan garang tetapi mempunyai hati yang lembut, telah membuat banyak kebaikan kepada pelajarnya di pekan kecil Kota Jembal di Kota Bharu, Kelantan. 

Menurut pencalonnya, Lutfi Lokman Look, Cikgu Saifulnizan mengorbankan masa, tenaga dan wang untuk meningkatkan reputasi sekolah di peringkat kebangsaan.

Beliau mengkonsepkan kelas digital sekolahnya, yang telah menerima anugerah bagi persekitaran pembelajaran maya (VLE) terbaik bagi sekolah-sekolah rendah pada 2015 pada peringkat negeri Kelantan. 

Seterusnya pada 2018, Cikgu Saifulnizan telah dinamakan sebagai guru paling inspirasi untuk 1Bestarinet Teacher Award kerana sumbangannya kepada kepimpinan bagi Pendidikan Abad ke-21. 

Seorang pakar matematik dan peminat teknologi, pelajar-pelajar Cikgu Sailfulnizan juga dilaporkan begitu berminat dalam kelasnya berikutan pendekatan praktikal kepada pengajaran dan pembelajaran. Beliau sering menggunakan inovasi teknologi seperti realiti tambahan dalam pelajaran mereka. 

Tindakannya yang melebihi daripada tanggungjawab pengajarannya untuk mewujudkan hab digital sekolah bagi menghasilkan pelajar kreatif dalam inovasi digital dan robotik, telah membolehkan pelajarnya membentangkan projek bertajuk ‘Sasaran Pembangunan Lestari’ di Rom, Itali pada 2019 dan di Singapura pada 2020.


Tan Teng Wai dari SJKC Cameron, Pahang

Menurut pencalonnya Tan Zi Yang, Cikgu Tan sering bimbangkan tentang kesaksamaan peluang pembelajaran bagi pelajar-pelajar luar bandarnya. 

Dalam penyertaannya, Tan (Zi Yang) menyatakan bahawa pelajar luar bandar dari SJKC Cameron di Pahang mempunyai sumber akademik yang kurang, peluang pendidikan dan infrastruktur teknologi dan digital yang kurang berbanding rakan-rakan mereka di bandar.

Dalam era transformasi digital yang mempengaruhi cara kita bekerja, belajar dan hidup, Cikgu Tan sedar bahawa sesuatu perlu dilakukan agar pelajar-pelajarnya mendapat peluang yang sama dengan rakan mereka di bandar besar bagi mendapatkan peluang kerjaya dan kehidupan yang lebih bermakna apabila mereka melangkah ke dunia sebenar selepas tamat sekolah nanti. 

Oleh itu, beliau menyediakan laman web akademik dan program untuk memupuk bakat dan prestasi pelajarnya, mengajak mereka menyertai pelbagai pertandingan untuk membangunkan kemahiran mereka, dan menawarkan perjalanan belajar untuk meluaskan pandangan mereka. 

Ketika pandemik, beliau bekerjasama dengan badan bukan kerajaan untuk menyediakan bantuan kewangan dan komputer riba untuk pelajar kurang bernasib baik dan menambah baik kualiti persekitaran sekolah seperti bilik darjah, perpustakaan dan makmal bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selesa, lengkap dan moden.



Baca lebih cerita yang memberi cerita-cerita inspirasi ini dalam laman web Taylor’s College dengan melayari laman web dan undilah guru luar biasa kesukaan anda mulai hari ini hingga 13 Mei 2022.  

Akronim bagi Remarkable Impact in Student Education, RISE Educator Award bertujuan meraikan pendidik luar biasa yang telah memberi sumbangan cemerlang bukan sahaja kepada pendidikan pelajar di dalam kelas, tetapi juga dalam pembangunan sosial terutama ketika pandemik ini. 

Peringkat kedua anugerah ini akan menyaksikan pemenang dan pencalon RISE Educator of the Year masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan RM500. 

Bagi menambah lagi ganjarannya, Taylor’s College akan menaja RM10,000 kepada sekolah bagi pemenang RISE Educator of The Year bagi meningkatkan lagi kemudahan di sekolah, menurut kenyataan itu lagi. - KitaReporters


10
10
0
12
0
You will be interested

Keluarga Malaysia bantu OKU! UPM lancar Sistem Putra Buddies! Bantu pelajar OKU jalani aktiviti!

UPM lancarkan Sistem Putra Buddies untuk bantu pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) jalani aktiviti harian mereka di kampus sebagai menyokong Dasar Inklusif OKU UPM

Editor 1 in Menara Gading 2 weeks ago

Tahniah! Pelajar terima tajaan alumni UPM! MB Selangor harap dapat ringankan beban keluarga B40!

Pelajar UPM, Nur Fakhirah Zulfikar Ali terima sumbangan biasiswa bernilai RM15k daripada MB Selangor, Amiruddin Shari, yang juga merupakan alumni UPM Kelas 2002
Zul Akmar Jamaludin in Menara Gading 3 days ago

USIM bangunkan arkib digital, pelihara lukisan sejarah! Jadi rujukan Islamik Urban + Heritage!

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina USIM bangunkan laman web MICBAH Digital iaitu platform digital bagi akses lukisan dan dokumen daripada Kursus Lukisan Terukur
Editor 1 in Menara Gading 2 weeks ago

Video| Balik kampung! 10k pelajar UPM bergerak pulang beraya! Hanya 435 pelajar kekal di kampus!

Seramai 10,000 pelajar UPM dari Kampus Serdang dan Bintulu mula bergerak pulang ke kampung masing-masing secara berperingkat-peringkat sempena cuti Aidilfitri
Editor 1 in Menara Gading 2 weeks ago

1,000 calon ke universiti gagal peperiksaan! Angkara 'patuh' arahan! Tak tulis nama, nombor ujian!

Akibat kesilapan teknikal penyelia peperiksaan, 1,000 calon jadi mangsa keadaan selepas dilaporkan gagal dalam peperiksaan kemasukan ke universiti awam Thailand
Zuhayati Yazid in Menara Gading 2 weeks ago