Kampus & Pendidikan 15 Dec, 2021

Selamat bertanding! Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UUM 2021/2022! 16 Dis 2021! 41 kerusi!

@corp comm uum
Kelab Mobile Journalist UUM

Share this

Pelajar akan mengundi untuk memilih wakil mereka pada 16 Disember 2021.

Pilihan Raya Kampus UUM 16 Disember 2021.

Oleh: Roslee Mardan

Foto: Mohd  Farizal Rahim


Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) Universiti Utara Malaysia (UUM) akan diadakan pada 16 Disember 2021 bagi memilih 41 kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2021/2022.

Pengarah Sekretariat PMPP Bobby Patrick Anak Payit berkata, sebanyak 41 kerusi dipertandingkan pada pemilihan kali ini meliputi 32 kerusi kawasan Pusat Pengajian dan sembilan (9) kerusi umum.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pilihan raya

Pengarah Sekretariat PMPP Bobby Patrick Anak Payit.


Pelajar UUM akan mengundi 16 Disember 2021.


Selepas penamaan calon dan masa bantahan pada 13 Disember 2021, sebanyak tujuh (7) kawasan Pusat Pengajian telah diumumkan menang tanpa bertanding iaitu Pusat Pengajian Kuantatif (SQS), Pusat Pengajian Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Pusat Pengajian Psikologi, Dasar dan Gunaan (SAPSP), Pusat Pengajian Undang-Undang (SoL), Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM), Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) dan Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP).

"Pelajar yang layak mengundi boleh menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemilih mulai 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari mengikut giliran yang telah ditetapkan," katanya ketika dihubungi.


TNC HEPA UUM Prof Madya Dr Hendrik Lamsali.

Prof Madya Dr Hendrik Lamsali (kanan) meninjau persiapan menjelang Pilihan Raya MPP UUM.


Dalam pada itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Dr Hendrik Lamsali dalam amanatnya berpuas hati dengan proses penamaan calon yang dijalankan secara dalam talian.

‘Ini merupakan pemilihan MPP kali kedua dijalankan sepenuhnya secara dalam talian. Secara keseluruhannya saya melihat pengendalian oleh Sekretariat PMPP kali ini yang diuruskan oleh pelajar sepenuhnya membuktikan mereka mampu mengalas amanah yang diberikan.


Persiapan menjelang Pilihan Raya kampus UUM.


"Peningkatan jumlah bilangan calon bertanding pada tahun ini terutama dalam Kawasan Umum membuktikan semangat untuk bertanding dan menjadi pemimpin dalam kalangan mahasiswa semakin meningkat. 

"Kepada semua calon bertanding, bertandinglah secara sihat dan elakkan provokasi yang boleh menjatuhkan imej Universiti Utara Malaysia," ujarnya.

Dr Hendrik berharap semua calon yang terpilih nanti akan memikul tanggungjawab mereka sebagai MPP sesi 2021/2022 sekali gus akan bersama-sama Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk terus memberi khidmat terbaik kepada pelajar dan universiti ini. - KitaReporters


Bobby Patrick Anak Payit (kiri) bersama Prof Madya Dr Hendrik Lamsali (kanan).


Teks oleh Roslee Mardan, Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa Holistik, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM.

 

17
21
0
5
0
You will be interested