SEMUA mahasiswa UUM yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) supaya menangguhkan perjalanan ke kampus.
UNIVERSITI Utara Malaysia (UUM) menasihatkan semua mahasiswanya yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) supaya menangguhkan perjalanan pulang ke kampus hingga 1 Jun 2021.
Naib
Canselornya, Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, manakala semua penuntut yang menjalani kuarantin, memakai gelang merah jambu atau ahli keluarga tinggal
serumah memakai gelang merah jambu hanya dibenarkan kembali ke kampus selepas
tamat tempoh kuarantin.
"Bagi
pelajar yang tidak terbabit dan membeli tiket bas sewa khas, menaiki kenderaan
sendiri atau dihantar ibu bapa, mereka dibenarkan kembali ke kampus mengikut
tarikh ditetapkan.
"Mereka
dikehendaki terus ke Pusat Isolasi di Bukit Kachi bagi tujuan kuarantin selama
10 hari sebelum dibenarkan memasuki kampus atau Inapan Siswa (INASIS)
masing-masing," katanya dalam kenyataan media di Sintok pada Sabtu, 22 Mei
2021.
Dalam masa Dr. Ahmad Bashawir, menasihati warga kampus sentiasa mengamalkan norma baharu serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
Baru-baru
ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan
PKPD selama 14 hari di sembilan lokaliti di Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah,
Jitra mulai 18 Mei 2021 serta 28 mukim di daerah Kota Setar bermula 19 Mei hingga 1 Jun 2021. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
Dalam masa Dr. Ahmad Bashawir, menasihati warga kampus sentiasa mengamalkan norma baharu serta mematuhi SOP ditetapkan untuk memutuskan Covid-19.