Kampus & Pendidikan 14 Jun, 2022

Terima kasih MMU! Bantuan prihatin untuk 23 pelajar mangsa banjir! Sumbangan berjumlah RM8,510!

Share this


UNIVERSITI Multimedia (MMU) menyampaikan bantuan berjumlah RM8,510 kepada 23 pelajar yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini. 

Mangsa-mangsa yang berasal dari Selangor, Pahang, Perak dan Johor itu menerima sumbangan tersebut bagi meringankan beban keluarga mereka.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Presiden MMU, Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd. Su’ud pada Majlis Serahan Bantuan Banjir MMU anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar (STAD) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Kampus MMU Cyberjaya di Cyberjaya, pada 13 Jun 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti kampus MMU


Penerima bantuan, Ammar Abd. Manaf, 22, (gambar atas) berkata, sumbangan berkenaan sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarganya selepas rumah mereka di Lengga Muar Johor, rosak teruk akibat banjir pada awal Januari 2022.

“Peralatan letrik, perabot dan lain-lain telah rosak menyebabkan kerugian lebih RM5,000 apabila rumah digenangi air setinggi paras dada,” kata pelajar Ijazah Sarjana Muda Pemasaran itu.



Rakannya, Muhammad Yusri Azpansyah IrwanSyah (gambar atas) yang merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Telekomunikasi dari Kampung Pauh Behrang Perak pula melahirkan rasa kesyukuran di atas keprihatinan MMU dalam membantu mangsa-mangsa banjir.

“Semasa musim banjir pada Disember 2021, kami semua belajar secara online di rumah. Walaupun begitu, MMU tetap prihatin membantu kami. 

"Dengan sumbangan ini, bolehlah saya serahkan kepada keluarga untuk membeli cat untuk mengecat semula rumah dan membeli barang keperluan lain,” kata anak kedua daripada tiga beradik itu.

Penerima-penerima bantuan tersebut ditemui pada majlis serahan berkenaan yang turut dihadiri Naib Presiden Pembangunan Keusahawanan dan Pengalaman Pelajar, Prof. Dr. Wong Eng Kiong; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar (STAD), Puan Sri Kusumawati Mohd Daud; dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Siti Jamila Syuhada Jailani. - KitaReporters


9
10
0
9
0
You will be interested