Menara Gading 18 Jun, 2022

Terbaiklah Kolej Tujuh Belas UPM! Program K17 Zoolunteering! Bersihkan kawasan haiwan Zoo Negara!

@editor 1
Semua kenyataan akhbar/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com atau kita.reporters@gmail.com

Share this



SERAMAI 40 pelajar Kolej Tujuh Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan 12 orang felo pelajar telah membersihkan beberapa kawasan haiwan di Zoo Negara pada 9 Jun 2022 lalu. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Zoo Negara



Pengetua Kolej Tujuh Belas, Prof. Madya Dr. Jasronita Jasni berkata program ‘K17 Zoolunteering’ ialah aktiviti kesukarelawan untuk mengecat pagar, menyapu kawasan kandang haiwan dan membersihkan kawasan akuarium.

“Melalui program ini, para pelajar dapat mempelajari mengenai haiwan dengan lebih dekat dan diberi tunjuk ajar mengenai pengendalian haiwan dari segi keselamatan, kesihatan, keselesaan dan kesejahteraan haiwan,” katanya dalam satu kenyataan pada 10 Jun 2022.



Sementara itu, Pengarah Program tersebut, Muhammad Firdauz Mhd Razali berharap program itu memberi pengalaman yang baharu kepada sukarelawan, memupuk nilai kemanusiaan dan tanggungjawab mengenai hidupan liar dan alam sekitar.

Menurutnya, dalam kenyataan yang sama, ‘K17 Zoolunteering’ yang berlangsung dari pukul 7.00 pagi sehingga 4.30 petang itu dianjurkan oleh Sekretariat Keceriaan dan Kelestarian Hijau, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tujuh Belas sesi 2021/2022. - KitaReporters



15
9
0
7
0
You will be interested

Tahniah! Kumpulan Serpihan UMT juarai Ocean Challenge 2022 peringkat antarabangsa! Inovasi lautan!

Kumpulan Serpihan dari UMT juarai pertandingan inovasi, Ocean Challenge 2022 anjuran Ocean Affairs Council Taiwan dan American Institute in Taiwan, Kaohsiung

Video| Angkara cinta ditolak! Pelajar universiti mati ditikam berkali-kali pelajar senior lelaki!

Seorang mahasiswa Universiti Mansoura, Kaherah tergamak tikam rakan universiti, Nayera Ashraf, 21, beberapa kali hanya kerana cintanya ditolak gadis berkenaan
Zuhayati Yazid in Menara Gading 3 days ago

Tingkatkan enrolmen pelajar antarabangsa! USIM kukuh jaringan hubungan dengan negara Timur Tengah!

USIM mahu tingkatkan perkongsian antarabangsa terutama dalam usaha untuk teroka ruang kerjasama strategik khususnya bagi tambah enrolmen pelajar antarabangsa
Strategic Communication Centre (StraComm) USIM in Menara Gading 3 days ago

Tahniah! MoU perladangan hutan, teknologi hijau, kelestarian alam! Antara INTROP UPM dengan UCYP!

INTROP UPM dan UCYP tandatangani MoU dalam bidang akademik, penyelidikan, perkongsian idea khususnya dalam perladangan hutan, teknologi hijau, literasi karbon
Nur Syamila Kamarul Arefin in Menara Gading 6 days ago

Usaha terbaik! USIM santuni 10 sekolah sempena pengumuman keputusan SPM 2021! Buka reruai pameran!

Sempena pengumuman keputusan SPM 2021 Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) USIM santuni 10 sekolah terpilih dengan buka reruai pameran program pengajian
Strategic Communication Centre (StraComm) USIM in Menara Gading 1 week ago