Kampus & Pendidikan 08 Jan, 2024

Cendekiawan, pimpinan universiti kena lakukan anjakan paradigma! Bukan penyesuai kecil-kecilan! - PM

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


"Pagi ini (Jumaat, 5 Januari 2024), saya hadir ke Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi dan meluangkan masa sekitar dua jam untuk berdiskusi bersama 500 peserta dalam kalangan pengurusan tertinggi universiti awam dan swasta, cendekiawan, pakar dan tokoh pendidikan serta pemain-pemain industri.

"Seraya hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Dalam wacana, saya singgung mengenai kerencaman permasalahan yang mencengkam sektor pendidikan tinggi negara merangkumi perihal identiti, falsafah pendidikan, keperluan negara dan budaya serta desakan dan tuntutan semasa yang perlu ditangani semuanya.

"Untuk mendepani tantangan yang begitu kritikal dalam dunia pascanormal, saya lontarkan cabaran buat cendekiawan dan pimpinan universiti untuk melakukan anjakan paradigma, yakni perubahan yang sistemik dan bukan sekadar penyesuai kecil-kecilan, dalam merangka penyelesaian.

"Jika pimpinan universiti dan pemikir masih merencana formula sama seperti mana yang dilakukan 20 atau 30 tahun lalu, maka kita akan ketinggalan landasan, justeru proses perbincangan dan kelulusan yang berselirat dengan karenah birokrasi perlu diperhalusi.



"Kerana itu, saya perkenal pembaharuan dalam Jemaah Menteri. 

"Misalnya apabila diputuskan pelaksanaan dasar peralihan tenaga, ia harus direalisasikan dalam tempoh dua bulan, bukan seperti amalan lalu yang mengambil masa antara enam bulan hingga satu tahun untuk melaksanakan satu-satu keputusan. 

"Seluruh pendekatan kita perlu berubah. 

"Pokoknya kita harus ketepikan polemik titik bengik, sebaliknya kalangan pemikir bangsa harus melihat keutamaan iaitu melakukan anjakan, perbaiki kelemahan, mendidik anak-anak kita supaya mereka mampu bersaing dengan yakin, sekali gus mengangkat martabat bangsa dan negara ke tingkat tertinggi." - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam akaun Facebooknya, 5 Januari 2024)


17
10
0
11
0
You will be interested