Kampus & Pendidikan 16 Jan, 2023

Syabas pelajar cemerlang! Persatuan Sejarah UM anjur majlis apresiasi! Bagi raikan prestasi terbaik!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Ahli Persatuan Sejarah Universiti Malaya (UM) bergambar kenangan selepas majlis.

Persatuan Sejarah Universiti Malaya (PSUM) mengadakan majlis apresiasi bagi meraikan pelajar-pelajarnya yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan.

Pengarah projeknya Afiq Aiman A. Jailani berkata, Ketua Jabatan Sejarah Profesor Madya Dr. Zulkanain Abdul Rahman telah melakukan gimik perasmian dan menyampaikan hadiah serta cenderamata kepada peserta malam itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti Universiti Malaya

Pengarah projek Afiq Aiman A. Jailani turut menerima cenderamata penghargaan.


Kata Afiq Aiman, majlis yang diadakan ini juga berjaya menampilkan bakat-bakat dalam kalangan pelajar dari PSUM.

“Sesungguhnya mahasiswa universiti ini bukan sahaja berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan malah persembahan dan keyakinan dalam mempersembah bakat dalam kalangan mereka juga menunjukkan kualiti pelajar di sini,” sambungnya lagi.

Antara anugerah yang disampaikan pada malam itu ialah Anugerah Berkepimpinan, Anugerah Sahsiah Terpuji dan Anugerah kokurikulum.


Majlis meraikan ahli persatuan.

Majlis pada malam ini turut menyaksikan penyerahan tampuk kepimpinan Yang Dipertua PSUM sesi 2021/2022 Muhammad Solihan Mohammad Ghazali kepada YDP PSUM sesi 2022/2023 Muhammad Hazwan Hairul Hisham.

Moga jalinan hubungan antara ahli persatuan dan kerancakan aktiviti PSUM untuk sesi tahun ini lebih banyak diadakan baik pada peringkat universiti mahupun luar nanti. - KitaReporters


Moga program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelajar kampus ini.

13
15
0
18
0
You will be interested