Kampus & Pendidikan 27 Jul, 2022

Tahniah! USIM tawarkan 1,326 tempat kepada pelajar lepasan SPM! Untuk masuki 4 program Tamhidi!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada prousim@gmail.com

Share this


SEMAKAN keputusan calon yang berjaya ditawarkan ke Tamhidi USIM yang dikeluarkan bermula 22 Julai 2022 lalu menunjukkan USIM menawarkan sebanyak 1,326 tempat bagi Semester 1 Sesi Akademik 2022/2023.   

Penawaran sebanyak 1,326 tempat itu merujuk kepada empat buah program Tamhidi iaitu Tamhidi Syariah dan Undang-Undang (380 orang), Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi (365 orang), Tamhidi Perakaunan dan Muamalat (310 orang) dan Tamhidi Perubatan Pergigian dan Sains (280 orang).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti kampus USIM


 


Menurut Pengarah di Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP), Prof Madya Dr. Nurkhamimi Zainuddin, penawaran sebanyak 1,326 tempat itu telah mengambil kira kelayakan dan merit pelajar yang berjaya memenuhi semua syarat. 

Seramai 1,324 tempat ditawarkan adalah melalui saluran UPUOnline, manakala 2 tempat lagi adalah melalui saluran kemasukan khas iaitu 1 kepada pelajar tempatan dan 1 bagi pelajar antarabangsa. 

”Daripada data yang ditunjukkan, program Tamhidi Syariah dan Undang-Undang merupakan program yang paling mendapat sambutan. Ini mungkin berdasarkan minat dan kecenderungan pelajar untuk lebih mendalami bidang Syariah dan Undang-Undang,” katanya.   

Program Tamhidi di USIM merupakan program persediaan selama setahun sebelum para pelajar melanjutkan pengajian pada peringkat Sarjana Muda. Silibus kursus yang kompetetif ditawarkan pada dua semester amat membantu para pelajar untuk mempersiapkan diri ke peringkat Sarjana Muda,” katanya lagi. 



Pelajar-pelajar baharu perlu membuat pendaftaran diri/universiti secara dalam talian pada 4 hingga 7 Ogos 2022 manakala pendaftaran secara fizikal adalah pada 9 hingga 10 Ogos 2022, katanya lagi. 

Walau bagaimanapun, para pelajar yang ditawarkan adalah dinasihatkan untuk membuat pengesahan setuju terima sebelum 31 Julai 2022 jam 5.00 petang di portal e-tasjil (https://etasjil.usim.edu.my). Bagi pelajar yang gagal mendapat tempat boleh terus membuat permohonan rayuan menerusi https://upu.mohe.gov.my bermula hari ini sehingga 31 Julai 2022 jam 5.00 petang. 

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh terus hubungi pegawai yang bertugas menerusi talian 067988162 atau 067978626. - KitaReporters/USIM


11
9
0
6
0
You will be interested