Kolej & Universiti 02 Sep, 2022

Tahniah PRAGMATIS USIM! Menang emas, perak Anugerah Gemilang MASTI! Pentadbir juga aset universiti!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada prousim@gmail.com

Share this


GOLONGAN pentadbir merupakan antara tulang belakang bagi pembangunan dan kemajuan sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Tidak mengira sama ada universiti swasta mahupun awam, tidak boleh dinafikan golongan pentadbir merupakan antara faktor pengukuh dalam memastikan sesebuah universiti dapat bergerak, beroperasi dengan lancar dalam mencapai matlamat dan objektif Pendidikan universiti yang telah ditetapkan.

Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas atau dikenali sebagai PRAGMATIS Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak ketinggalan dalam memantapkan peranan dan profesionalisme pentadbir khususnya di USIM


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan warga pentadbir



Terkini, penyertaan ahlinya dalam Konvensyen Pentadbir Universiti Awam Malaysia dan Majlis Anugerah Gemilang MASTI tahun 2022 yang bertemakan “Pentadbir Cemerlang Mencipta Masa Depan Gemilang” membuahkan hasil apabila persatuan tersebut membawa pulang dua anugerah pada konvensyen tersebut iaitu Anugerah Emas Program Persatuan Terbaik Universiti Awam dan Anugerah Perak Persatuan Terbaik Universiti Awam.

Presiden PRAGMATIS USIM, Mohd Salehudin Sukor berkata, “Pentadbir juga merupakan aset kepada universiti. 

"Tanggapan pentadbir yang acap kali dilabel sebagai pekerja belakang tabir atau watak sampingan perlu diketepikan dan peranan mereka sebagai kakitangan kelas profesional seharusnya diperkasakan agar setanding dengan golongan kelas profesional yang lain dan seterusnya kekal bersama-sama membantu memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan perkhidmatan, pentadbiran dan ikhtisas universiti.”



Sebanyak 14 kertas kerja telah dihantar dan dibentangkan oleh PRAGMATIS pada Konvensyen Pentadbir Universiti Awam 2022 bertempat di Pulai Springs Resort, Johor Bahru pada 18-20 Ogos 2022.

Konvensyen Pentadbir Universiti Awam 2022 ini merupakan program dwitahunan yang dianjurkan oleh Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) bersempena sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia Peringkat Kebangsaan yang sebelum ini dianjurkan pada tahun 2016, 2018 dan 2020. 

Sebanyak 20 persatuan pentadbir universiti yang bernaung di bawah MASTI. 

Perasmian majlis disempurnakan oleh Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan turut dihadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Dato’ Sri Mohd Shafiq Abdullah; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dato' Prof. Dr. Husaini Omar serta pentadbir-pentadbir Universiti Awam. - KitaReporters/USIM


 

 

18
14
0
13
0
You will be interested