Kampus & Pendidikan 13 Dec, 2025

Khas untuk Tahfiz TVET! Dana RM10j! Sekolah agama, maahad tahfiz Pulau Pinang digesa rebut peluang!

Share this

Semua maahad dan sekolah tahfiz Pulau Pinang diseru supaya merebut  peluang melalui Program Tahfiz TVET yang telah pun disediakan dana sebanyak RM10 juta daripada Perdana Menteri sendiri melalui Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang.


Sumbangan sebanyak RM343,700 turut diberikan kepada Sekolah Menengah Agama Rakyat.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato' Dr Mohamad Abdul Hamid menegaskan demikian semasa menyampaikan bantuan Sekolah Agama Rakyat dan sumbangan Al-Huffaz di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Kepala Batas pada 12 Disember 2025.

Ujar beliau, bantuan bagi Sekolah Agama Rakyat Pulau Pinang kali ini adalah sebanyak lebih RM3 juta dan para huffaz turut menerima sumbangan sejumlah RM327,500.

Malah tegasnya, bantuan ini merupakan kesinambungan sumbangan sejak tahun 2008 lagi.


Sekolah Rendah Agama Rakyat menerima bantuan sebanyak RM239,000 daripada Dr Mohamad Abdul Hamid (dua dari kiri).

Tambah beliau, Pulau Pinang mempunyai sejumlah 340 buah sekolah Islam berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Ia termasuk 12 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), 17 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), 218 buah kelas KAFA, 14 buah Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), 44 buah Maahad Tahfiz, 14 buah institusi pondok, dan 21 buah Tadika Islam Mutiara Madani di mana secara keseluruhannya menyediakan pendidikan kepada 54,600 orang murid.


Tadika Islam turut tidak dilupakan dan menerima dokongan kerajaan negeri melalui JHEAIPP.

Beliau turut mengingatkan legasi pendidikan Islam yang telah sekian lama bertapak di Pulau Pinang antaranya ialah Madrasah Al-Masriyah pada tahun 1906, Maahad Al-Mashoor Al-Islamiah pada tahun 1916, Daeratul Maa'rifil Wataniah pada tahun 1925 dan Madrasah Irshadiah pada tahun 1936 harus kekal dan diteruskan. - KitaReporters


Para huffaz tetap tidak dilupakan dan menerima sumbangan saban tahun sejak 2008 lagi.

15
16
0
14
0
You will be interested