Kampus & Pendidikan 04 May, 2024

Perkampungan Sunnah Ke-9| Jihad dan Terorisme! Perlu bezakan antara jihad dan kekerasan, keganasan!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this


Rektor KUIPs memulakan  kuliah pembukaan di Perkampungan Sunnah ke-9 pada 3 Mei 2024 dengan tajuk Jihad dan Terorisme di Masjid Alwi, Kangar. - Gambar-gambar oleh PMT 

Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle telah diamanahkan oleh Mufti Negeri Perlis, Dato’ Arif Perkasa Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk mengadakan kuliah pembukaan di Perkampungan Sunnah Siri Ke-9 dengan tajuk Jihad dan Terorisme di Masjid Alwi, Kangar pada 3 Mei 2024.

Beliau dalam kuliah subuhnya itu menyatakan jihad dalam Islam tidak boleh dibuang kerana jihad itu disyariatkan untuk mempertahan Islam, agama, negara dan diri juga.

“Dalam sesi kuliah pertama sempena Perkampungan Sunnah ini saya menyatakan perbezaan antara jihad, kekerasan dan keganasan,” ujarnya. 


Jemaah memenuhi Masjid Alwi, Kangar.


Katanya bukan sahaja Islam malah agama lain pun tidak membenarkan keganasan dan kekerasan tetapi dalam masa yang sama kenapa ini semua berlaku? 

“Bagi saya semua ini berlaku kerana sikap jahil pelaku keganasan dan kekecewaan kepada pemerintah negara sendiri yang menurut mereka tidak memberikan khidmat terbaik kepada rakyat,” sambungnya.

Suasana kuliah subuh pada pagi 3 Mei 2024 memperlihat begitu ramai pengunjung dari dalam dan luar negara membanjiri Perkampungan Sunnah untuk bersama-sama menuntut ilmu agama yang berlandaskan al-Quran dan Sunah.

Menuntut ilmu juga dikira sebagai jihad sesuai dengan hadis mulia, Nabi SAW bersabda (maksudnya):

“Barang siapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga.

Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Quran) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya.” [Riwayat Muslim (4867)]. - KitaReporters


Pengunjung Perkampungan Sunnah Sir ke-9 dari seluruh negara membanjiri dalam dan luar di Masjid Alwi, Kangar.

9
10
0
13
0
You will be interested