Kampus & Pendidikan 02 May, 2024

SOP keselamatan dipatuhi! Keamanan murid diutamakan! SMK Kota Masai anjur kejohanan rentas desa!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Oleh  MUHAMMAD FATKHURROZAK SOKHIPUL HADI


Sukan dan pendidikan pastinya mempunyai kesinambungan yang besar dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang holistik dan memperkembang lagi potensi dan bakat murid-murid serta mewujudkan lebih ramai lagi atlet yang berdaya saing dan mampu untuk membanggakan nama negara pada peringkat lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, keselamatan perlu sentiasa jadi keutamaan agar peserta sentiasa terkawal dan dapat mengelakkan diri daripada sebarang kecederaan atau perkara yang tidak diingini terjadi.



Pengetua SMK Kota Masai, Saridah Abdul Majid menjelaskan bahawa penganjuran kejohanan merentas desa perlulah mengikuti SOP keselamatan dan memastikan kesemua alat bantu kecemasan disediakan dengan baik.

“Penganjuran sukan di SMK Kota Masai perlu sentiasa mematuhi garis panduan keselamatan dan barisan guru perlu memastikan kesemua keperluan seperti  first aid kit, persediaan air yang mencukupi, barisan marshall (pengawas), medical officer, ambulans serta pihak RELA disediakan dengan baik dalam memastikan setiap murid dapat bersukan dengan aman dan selamat," katanya.

Kejohanan Merentas Desa SMK Kota Masai berlangsung pada Sabtu, 20 April 2024 dengan menghadirkan seramai 700 lebih penyertaan murid dari pelbagai kategori.



Aktiviti merentas desa meningkatkan lagi tahap kecergasan dan kecerdasan murid di samping melatih kekuatan mental dan fokus dalam mencapai garis penamat yang menandakan mereka berjaya menamatkan setiap cabaran yang diberikan.

Meskipun begitu, diingatkan bahawa keperluan keselamatan perlu disusun dengan sempurna dan bertanggungjawab agar dapat mengelakkan kemalangan dan pastinya, keamanan murid akan sentiasa terjaga sepanjang mengikuti kejohanan-kejohanan sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. - KitaReporters


7
9
0
14
0
You will be interested