Kampus & Pendidikan 19 Oct, 2022

Jom boling! Bagi pupuk semangat perpaduan, kekitaan kakitangan! Hari Mesra Kakitangan UC Bestari!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

KAKITANGAN dan pegawai dari KEKITA UC Bestari yang menyertai pertandingan Tenpin Bowling di Paya Bunga Plaza, Kuala Terengganu, baru-baru ini.


PENGANJURAN pertandingan Tenpin Bowling (Boling 10 Pin) anjuran University College Bestari (UC Bestari) Setiu, Terengganu baru-baru ini, dilihat mampu memupuk semangat perpaduan serta mempererat hubungan dalam kalangan kakitangan dan pegawai di universiti itu.

Ia berhasil diterjemahkan menerusi program sempena Hari Mesra Kakitangan UC Bestari 2022 apabila 78 peserta termasuk 26 kumpulan menyertai pertandingan tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti sukan boling

JOHAN bagi kategori wanita bersama Dr. Zahri Hamat (dua dari kiri) dan Ahmad Suhaily Mohd Salleh (kiri).


Pertandingan Tenpin Bowling itu berlangsung di Paya Bunga Plaza, Kuala Terengganu dan telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (TNC) UC Bestari, Prof. Dr. Zahri Hamat yang juga turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Presiden Kelab Kakitangan (KEKITA) UC Bestari, Prof. Madya Ahmad Suhaily Mohd Salleh berkata, antara lain tujuan program berkenaan diadakan bagi memberi peluang berinteraksi serta bersosial melalui aktiviti sukan dalam kalangan peserta terbabit.


PEMAIN terbaik bagi kategori lelaki pertandingan Tenpin Bowling sempena Hari Mesra Kakitangan UC Bestari 2022


Selain itu, menurutnya, ia juga turut memberi peluang terhadap ahli-ahli kelab itu untuk mencungkil bakat dalam acara pertandingan yang mereka sertai.

Ahmad Suhaily berkata, program itu dapat memupuk amalan gaya hidup yang sihat bagi kakitangan UC Bestari itu.


JOHAN Trio Lelaki 



‘’Kita melihat program ini meriah dan menyeronokkan dalam kalangan peserta selain dapat memupuk lagi semangat toleransi antara kakitangan dengan pegawai UC Bestari. 

‘’Pertandingan Tenpin Bowling terbahagi dua kategori iaitu lelaki dan wanita yang disertai 12 pasukan terdiri peserta lelaki dan 14 pasukan dari peserta wanita,’’ katanya.


AKSI tiga peserta wanita sebelum memulakan pertandingan Tenpin Bowling UC Bestari 2022


Presiden KEKITA itu berkata, kategori hadiah pula disediakan bagi Johan Trio (Lelaki & Wanita), Naib Johan Trio (Lelaki & Wanita), tempat ketiga Trio (lelaki dan Wanita) dan pemain terbaik lelaki dan wanita. - KitaReporters


 

18
12
0
11
0
You will be interested