Dalam keadaan pandemik COVID-19 yang tidak berkesudahan ini, pastinya para pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) yang sedang mengambil peperiksaan akhir tahun berasa tertekan.
Sendiri, sunyi dan tertekan dalam menghadapi peperiksaan akhir tahun apatah lagi dalam keadaan isu kesihatan global yang parah dek penangan COVID-19, sesiapa pun akan âdownâ.
Menyedari, memahami dan bertindak adalah strategi terbaik yang dilakukan oleh pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi mengatasi masalah psikologi yang dihadapi para pelajar yang kini sedang berjuang dalam peperiksaan akhir tahun mereka bermula 12 hingga 25 Julai 2021.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UPM
Strategi yang dikenali sebagai Inisiatif Putra Cakna
ini diilhamkan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Roslan Sulaiman. Ia bertujuan
menyantuni warga UPM yang terkesan.
Inisiatif ini telah membuka satu ruang perjumpaan
santai pelajar yang menduduki peperiksaan akhir tahun bersama Prof. Dr. Roslan
Sulaiman.
Perjumpaan yang dinamakan Coffee Talk @ Pecutan Akhir
Peperiksaan: Kejayaan Pasti Milik Anda Insya-Allah, telah berlangsung secara
dalam talian pada 11 Julai 2021, jam 8.30 malam hingga 10 malam.
Program ini merupakan anjuran Chapter Alumni Youth
of Strength and Happiness (YOSH) UPM dengan kerjasama beberapa persatuan
pelajar iaitu Gerakan Pengguna Siswa UPM, Kelab Al-Huda UPM, Kelab Penyayang
UPM, Kelab Scuba UPM, Kelab Insan dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian
Pendidikan (FEDSSA) UPM.
Antara tetamu kehormat yang turut meluangkan masa menghadiri program ini adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Arifin Abdu; Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) Fakulti Pengajian Pendidikan, Prof. Madya Dr. Soaib Asmirin; Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) Prof. Madya Dr. Arbaâie Sujud; Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Pendidikan, Prof. Madya Dr. Mursyid Arshad; dan Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia, Bukryman Sabri.
Tentunya dengan kehadiran para pensyarah dan pegawai
UPM dalam program sedemikian sebagai tanda solidariti terhadap pelajar-pelajar UPM yang
menduduki peperiksaan akhir memberi gambaran bahawa mereka tidak bersendirian
mengharungi detik mencabar ini.
Prof. Dr. Roslan Sulaiman dalam ucapannya telah menzahirkan rasa terima kasih kepada Chapter Alumni YOSH di atas inisiatif perjumpaan ini sebagai tanda keprihatinan kepada para pelajar UPM.
Walaupun tidak dapat bersua secara bersemuka, namun demikian, capaian teknologi hari ini membolehkan perjumpaan secara maya dilaksanakan.
âSaya pasti para pelajar telah bersedia menduduki peperiksaan. Pada saya tiada pelajar tidak pernah bersedia dan sebenarnya anda telah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan cabaran pada hari pertama anda menjejakkan kaki ke universiti lagi.
âApabila adanya istilah âstudy weekâ itu bukanlah hari pertama untuk bersedia, tetapi itu adalah hari ataupun masa untuk bertenang sebenarnya. Bertenang untuk menghadapi peperiksaan dan bukanlah hari untuk menghafal dan sebagainya.
Dr. Roslan Sulaiman.
âSaya yakin para pelajar semua ada cara tersendiri dalam mendepani setiap cabaran. Anda manusia yang hebat, maka beradaptasilah dengan sebarang situasi dan keadaan.
Kita perlu meletakkan diri kita pada keadaan yang mudah untuk diubah, mudah untuk dilentur. Inilah uniknya kita sebagai manusia,â ujar beliau.
Tambahnya lagi, situasi pada hari ini akan
memungkinkan ramai yang mudah berasa tertekan dengan Open Distance Learning
(ODL). Tekanan jika tidak dikawal akan membawa mudarat.
âJanganlah beranggapan bahawa anda bersendirian
dalam situasi sukar ini. Walaupun tidak bersua muka, tidak berada di dalam
kelas yang sama, tetapi para pensyarah telah menyediakan dan memudahkan akses
untuk diri mereka dihubungi oleh para pelajar.
âTelefon, panggilan video, Google Meet dan pelbagai aplikasi boleh menjadi penghubung pada masa ini. Cabaran perlu diubah menjadi peluang, fikiran negatif tukarkan dengan minda yang positif,â ujarnya lagi.
Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM), Prof. Madya Dr. Arbaâie Sujud memberikan sedikit amanat kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan akhir.
Sementara itu, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM), Prof. Madya Dr. Arbaâie Sujud berkata, UPM menerusi ARCUPM akan terus memandang serius masalah tekanan yang dihadapi pelajar dalam meneruskan pembelajaran secara ODL.
"Mahu atau tidak, ODL membuka evolusi baru pengajaran dan pembelajaran masa kini. Pendidik dan pelajar perlu bersedia. Mendepani situasi ini kemungkinan besar ada pelajar yang tertekan untuk terus mengekalkan momentum kecemerlangan dan rasa kebimbangan itu adalah tinggi.
"ARCUPM turut melancarkan program dalam talian iaitu Program UPM Alumni Mentorship 2021. Program ini diwujudkan khas untuk sama-sama membantu memberikan bimbingan kepada pelajar yang terjejas dari sudut psikologi agar mereka dapat menamatkan pengajian dengan jayanya.
"Bimbingan daripada alumni UPM kepada pelajar ini akan dilakukan secara individu dan berkumpulan mengikut keselesaan pelajar itu sendiri.
"Ini antara usaha UPM dalam melahirkan rasa kebertanggungjawapan ke atas pelajar demi memastikan mereka berjaya bergraduat dan merealisasikan harapan mereka seusai menjejakkan kaki ke menara ilmu ini," tegas katanya lagi. - KitaReporters