Kampus & Pendidikan 02 Jun, 2022

Video| Tahniah UUM! 148 universiti terbaik di Asia! Hasil kerjasama, sokongan semua pihak - VC!

@corp comm uum
Kelab Mobile Journalist UUM

Share this


UNIVERSITI Utara Malaysia (UUM) tersenarai pada ranking 148 universiti terbaik di Asia dalam Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2022 yang diumumkan petang semalam, Rabu, 1 Jun 2022.

Mengulas kejayaan ini, Naib Canselor, Prof, Dr, Haim Hilman Abdullah berkata tahun lalu (2021) UUM dalam ranking Asia berada di kedudukan ke-155, manakala pada 2020 berada di kedudukan 251-300.

Beliau yakin pengumuman ini pastinya akan menggembirakan semua warga universiti ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kedudukan atau ranking



UUM pada kedudukan148 universiti terbaik di Asia

“Kejayaan ini adalah hasil kerjasama dan sokongan daripada semua pensyarah, pentadbir, kumpulan sokongan, pelajar dan semua pihak yang sentiasa memberi sokongan sama ada secara langsung  atau tidak langsung,” ujar beliau lagi.

Menurutnya lonjakan demi lonjakan secara konsisten yang ditunjukkan setiap tahun ini pastinya membanggakan setiap warga universiti memandangkan sukar untuk mendapat tempat dalam senarai universiti terbaik dunia kerana ia membabitkan reputasi sesebuah universiti.

Haim Hilman menambah setiap kejayaan yang dikecapi ini pasti tidak akan dicapai tanpa sokongan padu daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang sentiasa memberi dokongan dan sokongan.

“Kita sebagai satu pasukan bersama-sama akan mengangkat agenda pendidikan tinggi negara sekali gus merealisasikan hasrat untuk menjadi universiti terbaik di Asia dan dunia satu hari nanti,” tambahnya lagi. - KitaReporters


Naib Canselor Prof Dr Haim Hilman Abdullah.

7
5
0
11
0
You will be interested