Produk Planet Mahir yang ditawarkan untuk pelajar-pelajar
DENGAN caj RM10 sebulan untuk satu subjek, pelajar-pelajar sekolah khususnya calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) kini berpeluang mengikut kelas tuisyen secara alam maya (virtual class) di rumah saja menerusi Kelas Digital Mahir Tutor yang dilancarkan pada 14 Februari 2023 di Kuala Lumpur.
Planet Mahir Sdn Bhd yang memperkenal kelas bimbingan baharu ini membabitkan 21 subjek SPM dan 10 subjek STPM mencakupi mata pelajaran bermula dari tingkatan 1 hingga STPM. Ia menjadi produk kelas digital dalam talian terbaharu kepada semua pelajar sekolah menengah.
Sebelum ini Mahir Tutor diadakan secara eksklusif, ditaja sepenuhnya berteraskan pendidikan adalah percuma.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Planet Mahir
Dr Ahmad Ramzi menerangkan maklumat mengenai produk Planet Mahir 2.0
Namum bila permintaan semakin banyak dan ada pihak-pihak tertentu terutama sekolah meminta untuk menyertai, mendorong Planet Mahir membuka akses kelas dalam talian secara terbuka dan mengenakan yuran bulanan murah untuk membolehkan semua pelajar dapat peluang.
Pelancaran kelas itu di bawah produk Gedung Ilmu Planet Mahir 2.0 dilakukan oleh Pengerusi Planet Mahir Sdn Bhd, Dato Mohd Husni Salleh. Setakat ini lebih 50,000 pelajar di seluruh negara menyertai kelas dikendalikan oleh tutor berpengalaman dalam bidang masing-masing secara video on demand (VOD).
Bermakna dengan satu bayaran saja, seorang pelajar boleh berulang kali mengkaji subjek itu dalam tempoh sebulan.
Mohd Husni Salleh menceritakan perjalanan Planet Mahir
Mohd Husni berkata kelas tambahan alam maya itu akan menjadi satu lagi pendekatan baru memperkenal pembelajaran ke seluruh dunia dengan harga murah selaras matlamat Planet Mahir mahu memperkasa sektor pendidikan, dibuka tajaan sepenuhnya oleh sekolah, wakil rakyat dan orang perseorangan.
"Bayangkan satu subjek RM10 saja sebulan termasuk sains rumah tangga. Jika dilihat secara amnya kebanyakan subjek terutama yang teknikal atau sains, yuran kelas tuisyen selalu babitkan bayaran RM400 hingga RM500 sebulan." katanya.
Planet Mahir dilancarkan pada 24 April 2019 selepas Mohd Husni bersara dari Teraju.
(TERAJU adalah Penyelaras utama dan pemboleh cara strategik Agenda Pemerkasaan ekonomi dan sosioekonomi Bumiputera. TERAJU menyelaras, memacu dan menjalankan intervensi strategik melalui penyampaian perkhidmatannya.)
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Planetb Mahir, Dato Dr Ahmad Ramzi Muhamad Zubir berkata, Mahir Tutor Go Public for RM10 termasuk dalam empat produk Planet Mahir 2.0 khas untuk sektor pendidikan kelas alam maya bagi membuka peluang seluas-luasnya kepada pelajar terutama di luar bandar untuk mengikuti tuisyen yang sebelum ini ditawarkan secara "Wakat Pendidikan".
Beliau berkata menerusi wakaf pendidikan sebelum ini, ia bergantung kepada tajaan wakil rakyat dan syarikat korporat dan bagi kelas tuisyen luar bandar pula tertumpu di pusat internet kampung yang disediakan oleh kerajaan. Dan terbaharu Mahir Tutor Go Public akan diluaskan ke perkampungan Orang Asli.
"Mahir Tutor adalah kelas digital dalam talian yang menggunakan teknologi video-on-demand (VOD) di mana semua subjek pengajaran telah direkodkan dan boleh diakses secara dalam talian pada bila-bila masa dan di mana jua, sama ada melalui laman web planetmahir.com/tutor atau aplikasi mudah alih Planet Mahir.
"Ia telah dibangunkan dengan bantuan MDEC di bawah program Geran Pembangunan Konten (DCG).” katanya yang juga memberitahu Planet Mahir akan sentiasa ke hadapan dan maju jaya demi menuju pasaran global dan revolusi teknologi pendidikan.
Sehubungan itu, Planetmahir juga akan memperkenal kelas tuisyen yang sama tetapi mengikut kurikulum pendidikan Brunei, Indonesia dan Singapura.
Ahmad Ramzi berkata Planet Mahir 2.0 turut menonjolkan produk dan platform Planet Mmahir ke pasaran global menerusi tiga lagi produk bahru iaitu TiMS (Training Management System); TYOC (Teach Your Own Course) yang mana semua orang berpeluang untuk menjadi tenaga pelajar melalui Planet Mahir; dan Aset Digital termasuk Ebook & Event Management serta Mahir Coins - Sistem Kredit Prabayar untuk membeli apa sahaja Latihan, Kursus, Aset Digital & banyak lagi dalam satu platform. - KitaReporters
TiMS - Training Management System.
TYOC (Teach Your Own Course)
Mahir Coins - Sistem Kredit Prabayar untuk membeli apa sahaja latihan, kursus dan aset digital