Kampus & Pendidikan 11 May, 2023

Karvival 3K UUM, 10-15 Mei 2023! Program pembangunan mahasiswa holistik! Perkasa Malaysia Madani!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Oleh: FAISAL NAHAR


Penganjuran Karnival Kebudayaan, Kesenian dan Keusahawanan (3K) pada saban tahun berpotensi memperkasa kemahiran serta menjamin masa depan yang cerah melalui kepimpinan dalam kalangan mahasiswa kini.

Karnival 3K yang berlangsung pada 10 hingga 15 Mei 2023 ini merupakan platform yang ampuh dengan aspek latihan dan pendidikan, memperkasa proses peralihan ilmu, bakat kreatif golongan milenia, kemampanan seni budaya pelbagai bangsa, bengkel, pameran dan wacana ilmiah di samping melestarikan kesejahteraan komuniti.

Karnival 3K ini berkonsepkan “cara hidup mahasiswa” dalam konteks menghubungkan pelajar dengan komuniti luar sejurus memperkasa jaringan komuniti yang lebih hebat bersesuaian dengan kerajaan perpaduan berkonsepkan Malaysia Madani. 



Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed berkata, agenda pemerkasaan mahasiswa melalui Karnival 3K adalah selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu memberi tumpuan dalam mempergiat lebih banyak program bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Menurutnya, platform ini memperkasa jaringan komuniti pelbagai bangsa yang mampu meningkatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat kerana menghubungkan pelbagai kaum dalam satu platform terutama melalui tradisi budaya serta kesenian yang ada dalam setiap etnik di Malaysia.



“UUM amat bertuah memiliki mahasiswa yang mempunyai daya kreativiti terutama inovasi dalam penganjuran program dan aktiviti berimpak tinggi dan bakal melahirkan lebih ramai alumni UUM yang berkaliber dalam industri serta mempunyai latar belakang seni.

"Justeru saya juga berharap pelajar hebat ini mempunyai sifat keterbukaan yang tinggi menerima pembaharuan dalam masa yang sama tidak mengabaikan akademik selaras dengan moto UUM iaitu Ilmu Budi Bakti,” katanya.



Sementara itu, Pengarah Pusat Budaya dan Seni (PBS) UUM Asmawiza Hussin berkata, pelbagai aktiviti yang akan berlangsung selama 6 hari termasuklah forum, penglibatan alumni, bengkel, persembahan kebudayaan dan pertandingan.

“Program yang dijalankan selama 6 hari ini sebenarnya mampu menambahkan pengetahuan yang luas kepada masyarakat tempatan khususnya berkaitan kepelbagaian dan keunikan budaya, dalam masa yang sama mengangkat ketamadunan budaya yang ada di negeri Kedah,” ujarnya lagi.

Beliau berharap Karnival 3K ini turut disokong oleh masyarakat tempatan sebagai sebuah platform yang terbaik memberikan pendedahan mengenai kebudayaan, kesenian dan keusahawanan kepada masyarakat tempatan sejurus melatih dan melahirkan mahasiswa yang serba boleh berteraskan inovasi dan celik teknologi. - KitaReporters/UUM


13
6
0
13
0
You will be interested