Kampus & Pendidikan 26 Apr, 2023

Makanan sempena cuti Aidiilfitri! MPP, JKPS UUM edarkan untuk pelajar, kakitangan, pekerja, petugas!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Edaran makan tengah hari di sekitar Varsity Mall UUM.


Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Inapan Siswa (Inasis) Universiti Utara Malaysia (UUM) mengedarkan 800 bungkusan makanan dan minuman kepada pelajar yang tinggal di kampus sempena cuti Aidilfitri sejak 22 April hingga 26 April 2023.

Yang Dipertua MPP Muhammad Izuan Faiz Abdul Rahman berkata, lima orang MPP dan 30 JKPS terlibat dalam mengedarkan makanan secara bergilir-gilir.


Dua pelajar gembira terima makanan yang disediakan oleh HEP.

Muhammad Izuan Faiz Abdul Rahman.

“Kami mengambil inisiatif untuk menyediakan makan tengah hari dan malam ini melalui hasil peruntukan dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dan sumbangan yang diterima,” katanya.

Kata beliau lagi, edaran ini termasuk kepada pelajar, kakitangan pembersihan, pekerja dan petugas keselamatan di universiti yang bertugas sepanjang perayaan ini.


Wakil MPP mengedarkan makanan kepada pelajar di kampus ini.

Antara menu yang disediakan ialah Nasi Ayam Kicap, Nasi Kak Wok dan sandwic.

Moga aktiviti ini bukan sahaja memberi kesempatan kepada mereka yang dipertanggungjawab sebagai pemimpin di kampus ini malah dapat merapatkan lagi hubungan antara warga universiti ini.


Wakil JKPS Petronas/Sime Darby UUM menyampaikan makanan yang disediakan.


Dalam pada itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed ketika dihubungi berkata, jalinan kerjasama MPP dan JKPS dalam aktiviti seperti ini membuktikan mereka sentiasa peka dan bertindak segera bagi menjaga kebajikan rakan-rakan dan kakitangan sokongan yang bertugas terutama pada musim perayaan.

“Kami di HEP sentiasa akan memberi sokongan dan membantu barisan kepimpinan dalam kalangan pelajar di kampus ini untuk menjalankan aktiviti bagi kebaikan bersama,” sambung beliau lagi. - KitaReporters


Pelajar-pelajar antarabangsa juga turut menerima makanan yang disediakan.

16
13
0
10
0
You will be interested