Kampus & Pendidikan 10 Sep, 2025

Catatan Akademik| Video| Fahami fakta bukan auta! Cemerlang tak makna ada tempat! Persaingan sengit!

@samsudin oli mohamed
Samsudin Oli Mohamed ialah seorang pengamal media berpengalaman dengan 40 tahun dalam bidang penulisan berita. Beliau pernah bertugas di Balai Berita Berita Harian Kuala Lumpur dan juga sebagai wartawan bebas. Samsudin memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian dari Universiti Utara Malaysia (UUM). Kini, beliau dilantik sebagai Pengarang Kitareporters.com, seperti yang diumumkan oleh Ketua Pengarang Gamal Nasir.

Share this

Isu seorang pelajar cemerlang yang gagal mendapat tempat di Universiti Malaya (UM) dalam jurusan Perakaunan telah menjadi tular. Malangnya, isu ini disensasikan sehingga wujud pelbagai persepsi yang tidak tepat.



Sidang media di ibu pejabat MCA apabila seorang pelajar bersama pemimpin parti menzahirkan dokumen rasmi berkaitan isu pendidikan. 


Oleh PROF DATUK DR RAZLI CHE RAZAK

Tokoh Akademik 


Isu seorang pelajar cemerlang yang gagal mendapat tempat di Universiti Malaya (UM) dalam jurusan Perakaunan telah menjadi tular. 

Malangnya, isu ini disensasikan sehingga wujud pelbagai persepsi yang tidak tepat, malah ada yang menuduh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersikap zalim dan tidak adil.

Hakikatnya, penjelasan telah dibuat dalam sidang akhbar oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) yang turut dihadiri Naib Canselor UM serta pimpinan tertinggi KPT. 

Fakta jelas menunjukkan walaupun calon berkenaan memperoleh PNGK 4.00 dengan merit 99.90 peratus, kedudukannya dalam ranking masih di belakang calon lain yang mendapat merit penuh.



Penjelasan rasmi telah pun dibuat dalam sidang akhbar oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bersama Naib Canselor UM dan pimpinan tertinggi KPT.


Di UM, terdapat 2,291 permohonan layak ke jurusan Perakaunan. Seramai 1,127 calon memperoleh merit penuh (100%). 

Calon yang disebut-sebut itu berada di kedudukan 1,129, sedangkan hanya 85 tempat sahaja ditawarkan. Inilah realiti persaingan, bukannya diskriminasi.

Sistem pengambilan universiti awam di Malaysia berlandaskan merit. Bagi jurusan popular seperti Perakaunan di UM, jumlah permohonan amat tinggi sedangkan tempat yang ditawarkan sangat terhad. Maka, walaupun seseorang calon itu cemerlang, persaingan yang sengit menjadikan tidak semua boleh diterima.

Masyarakat perlu memahami perkara ini sebelum membuat sebarang komen atau perkongsian dalam media sosial. Jangan menambah dosa dengan menyebarkan cerita separuh jalan yang akhirnya memburukkan imej pihak lain.



Jadilah masyarakat berilmu. Semak fakta, rujuk sumber sahih, dan fahami realiti sebelum menilai. 

Dengan cara itu, kita bukan sahaja mengelakkan diri daripada fitnah, malah membantu membentuk masyarakat yang matang serta adil dalam menilai sesuatu isu.


Prof Datuk Dr Razli Che Razak ialah tokoh akademik dan bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang memberikan pandangan mengenai isu semasa pendidikan tinggi. Tulisan ini adalah pandangan penulis.


Prof Datuk Dr Razli Che Razak.
12
8
0
16
0
You will be interested