Kampus & Pendidikan 19 Aug, 2022

Sediakan Azka Corner! Usaha Akademi Zakat PPZ-MAIWP, USIM! Kesedaran mengenai zakat, pengurusannya!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada prousim@gmail.com

Share this


Akademi Zakat (Azka), Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah memberi sumbangan untuk menaik taraf beberapa ruang yang dinamakan sebagai Azka Corner dan menyumbangkan buku-buku penerbitan AZKA dan PPZ serta penerbit tersohor yang lain bagi pengisian Azka Corner sebagai bahan bacaan untuk para pelajar dan orang awam


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ibadat zakat


Azka Corner yang dirasmikan oleh Naib Canselor, Prof. Ts Dr Sharifudin Md Shaarani ini diwujudkan sebagai platform bagi menyebarluaskan maklumat dan pengetahuan terkini mengenai zakat dan pengurusannya yang secara keseluruhannya dapat mendidik dan memberi lebih kesedaran kepada para pelajar dan masyarakat umum tentang keperluan menunaikan tanggungjawab membayar zakat

Seusai perasmian, majlis diteruskan dengan penganjuran Program Webinar Azka antara Pusat Pungutan Zakat-MAIWP dan Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM

Turut hadir Abdul Hakim Amir Osman Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, dan Prof Madya Dr. Zurina Keifli, Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) USIM. - KitaReporters/USIM




15
14
0
14
0
You will be interested