Kampus & Pendidikan 01 Apr, 2024

Bakul Ramadan @ Kg Sungai Berua! UMT agih bakul makanan kepada komuniti Orang Asli Hulu Terengganu!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Komuniti Orang Asli Sungai Berua menerima sumbangan bakul makanan sempena Ramadan daripada UMT


UNIVERSITI  Malaysia Terengganu (UMT) mengagihkan 40 bakul sumbangan Ramadan kepada anak-anak masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Berua ,Hulu Terengganu, 

Program Bakul Ramadan @ Kg Sungai Berua itu merupakan iniasiatif sekumpulan penyelidik daripada Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (IBTPL) UMT dengan kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta beberapa rakan strategik daripada agensi lain.

Timbalan Pengarah IBTPL UMT, Prof. Dr. Khatijah Omar berkata sempena Ramadan dan Aidilfitri yang menjelang tiba, program berbentuk kebajikan itu dilihat perlu memandangkan komuniti Orang Asli tersebut beragama Islam dan masih memerlukan bantuan.



“Alhamdulillah, kita telah memperuntuk lebih RM3,000 untuk membuat agihan 40 Bakul Ramadan yang di dalamnya diisikan dengan makanan dan minuman serta duit raya untuk meraikan anak-anak pelajar Orang Asli yang terlibat dalam projek ‘Jungle School’ kami.

“Kita berharap dengan adanya bantuan bakul ini sedikit sebanyak dapat membantu menceriakan masyarakat Orang Asli untuk menyambut Ramadan dan Syawal tidak lama lagi.” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin dengan menyalurkan bantuan untuk menjayakan program Bakul Ramadan pada kali ini yang merupakan kali kedua selepas pelaksanaannya pada Ramadan tahun lalu (2023). 

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT, Profesor Chm. Dr. Marinah Mohd Ariffin bagi menyerahkan Bakul Ramadan kepada komuniti Orang Asli terlibat.



Menurut Prof. Khatijah lagi, ‘Jungle School’ diilhamkan sebagai Projek Sekolah Rimba (Jungle School) dengan tujuan untuk bersama-sama para guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Berua, di Hulu Terengganu untuk memupuk minat belajar dalam kalangan anak-anak Orang Asli supaya mereka tidak keciciran dalam dunia pendidikan.

Memperkenal konsep pembelajaran santai, beliau berkata slot pembelajaran yang dirangka sebanyak 20 slot meliputi topik Hutan Ini Milik Kita, Pasar Borong, Sing Along, Jom Masuk Hutan, Treasure Hunt & amp; Show and Tell dalam usaha menarik minat anak-anak Orang Asli itu untuk belajar. - KitaReporters


11
14
1
15
0
You will be interested