Kampus & Pendidikan 18 Sep, 2023

Tahniah Pusat Perniagaan Islam UUM! Tubuh Institut Kajian dan Inovasi Haji! Dapat restu Tabung Haji!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:anakperlis65@gmail.com

Share this



Lembaga Tabung Haji (TH) merestui penubuhan Institut Kajian dan Inovasi Haji yang dicadangkan oleh Pusat Perniagaan Islam (IBS) Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman menyatakan kesediaan TH untuk bekerjasama dengan UUM pada pertemuan dengan Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan di pejabatnya di bangunan TH, Kuala Lumpur pada 11 September 2023 lalu. 

Dr Mohd Foad berkata, UUM akan menubuhkan institut berkenaan sebagai sebuah pusat kecemerlangan yang akan diletakkan di bawah IBS yang juga akan bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).


Naib Canselor UUM mengadakan perbincangan  dengan Lembaga TH Wilayah Utara yang diketuai Mohammad Mokhzani Mukhtar.


Sementara itu di UUM Sintok, Naib Canselor UUM mengadakan perbincangan mengenai perkara berkenaan dan kerjasama dengan Lembaga TH Wilayah Utara yang diketuai Pengarahnya, Datuk Mohammad Mokhzani Mukhtar pada 17 September 2023.

Mohammad Mokhzani dalam pertemuan itu berkata, kunjung hormat terhadap Dr Mohd Foad membuka peluang dan ruang mereka menjalankan kolaborasi secara bersama.

Katanya, dalam perbincangan yang dilakukan, beberapa pendekatan turut dibincang sempena sambutan ulang tahun ke-60 TH.

Dalam perbincangan itu, pihaknya juga akan bekerjasama dengan UUM untuk menempatkan sukarelawan terdiri dari pelajar universiti ini untuk membantu jemaah haji yang akan berlepas di terminal lapangan terbang nanti. 

“Moga catatan baharu antara TH dan UUM ini akan memeriahkan lagi sambutan ulang tahun TH ke-60 yang akan disambut pada tahun ini (2023),” ujarnya ketika ditemui.


Naib Canselor UUM mengadakan perbincangan.


Dalam pada itu Dr Mohd Foad ketika ditemui berkata, kolaborasi yang akan dijalinkan ini juga memberi peluang kepada pendidik dan pelajar kampus ini untuk memberi pandangan dan cadangan kepada TH.

Manakala warga kampus juga akan mengambil peluang dan mendapat penerangan untuk menjadi pendeposit TH.

Kunjungan hormat ini turut disertai Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Kedah, Mohd Hanifah Kamarudin; Ketua Pemasarannya, Abdullah Fahmi Shaari; bersama Dekan Pusat Perniagaan Islam (IBS), Prof. Dr. Rosylin Mohd Yusof. - KitaReporters


Prof. Dr. Rosylin Mohd Yusof turut berkongsi pendapat dalam pertemuan itu.
Mohammad Mokhzani Mukhtar menandatangi buku pelawat.
Delegasi dari TH bergambar bersama Prof Dr Mohd Foad Sakdan.

14
9
0
12
0
You will be interested