Kampus & Pendidikan 30 Jun, 2025

Masyarakat Madani dalam novel Keris Mas? Dikupas oleh Dr Sang Seong! Tarik pensyarah, pelajar China!

@abd razak osman
Bekas stringer Kosmo! dan mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Menulis selagi masih hidup. Emel: [email protected]

Share this

Pensyarah Bahasa Melayu dari China, dua pensyarah wanita USM dan pelajar lelaki Bahasa Melayu dari China ada yang mengikuti majlis itu.

Majlis Syarahan Keris Mas Kali Ke-4 2025 oleh Pengarah Pusat Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, Prof Dr. Goh Sang Seong baru-baru ini mengupas tajuk 'Keutuhan Masyarakat Madani Melalui Terjemahan Pemikiran Melayu Dalam Saudagar Besar dari Kuala Lumpur".

Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur adalah karya Sasterawan Negara (SN) Keris Mas yang diterbitkan pada tahun 1982.

Juga menarik perhatian apabila pensyarah dan pelajar dari China mengikuti syarahan Dr Sang Seong, yang juga Penyelaras Unit Permartabatan dan Pengantarabangsaan Bahasa Melayu, yang mengupas nilai pemikiran Melayu dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur itu.

Beliau diundang memberi pandangan membina di bawah tajuk 'Keutuhan Masyarakat Madani Melalui Terjemahan Pemikiran Melayu Dalam Saudagar Besar dari Kuala Lumpur" yang berlangsung di Dewan Pembangunan Siswa 1, USM Pulau Pinang.

Kira-kira 250 orang, termasuk pensyarah dan pelajar dari negara China yang mengikuti Program Pemindahan Kredit Bahasa Melayu (PROPERBM) hadir sama mengikuti majlis itu yang diadakan pada 25 Jun 2025.


PROF Dr Goh Sang Seong (kiri) diundang menyampaikan syarahan itu dengan moderatornya, Dr. Raja Rajeswari Seetha Raman.


Majlis diadakan itu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Penyelidikan Sastera, Jabatan Dasar dan Penyelidikan dengan kerjasama Pusat Penerbit USM Pulau Pinang dan DBP Wilayah Utara bagi membincangkan novel itu.

Penulis novel itu Kamaluddin Muhammad atau Keris Mas dilahirkan di Kampung Ketari, Bentong, Pahang adalah SN yang pertama.

Dr. Sang Seong berkata, liku-liku perjuangan Keris Mas cukup menyentuh perasaan.

Katanya, sesiapa sahaja yang ada membaca memoir kehidupannya tentang kemiskinan dan sebagainya, pasti terharu dan boleh menangis.

Berikutan itu, novel Keris Mas telah diterjemahkan ke Bahasa Mandarin oleh Datin Lee Ngeok Lan dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) pada tahun 2015.

Moderator undangan bagi menjayakan majlis syarahan itu ialah, Dr. Raja Rajeswari Seetha Raman.


Ramai pelajar bukan Melayu di USM turut hadir sama bagi mengikuti majlis syarahan itu.


Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inivasi) USM, Prof Dr. Habibah A. Wahab ketika merasmikan majlis itu berkata, pemilihan Prof Dr. Goh Sang Seong, sebagai seorang penyelidik dan pensyarah dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM bagi memberi ilmu kepada banyak pihak adalah baik dalam mendisiplinkan diri, menyatukan masyarakat darpada pelbagai latar budaya di Malaysia.

Turut hadir di majlis itu, Pengarah DBP Wilayah Utara, Sharrul Rizal Hashim, Ketua Bahagian Penyelidik Sastera, Jabatan Dasar dan Penyelidikan DBP, Saifullizan Yahaya dan anak Sasterawan Negara Keris Mas, Dr. Muhammad Amir Kamaruddin. - KitaReporters


Pelajar dari China sedang membuat persembahan tarian tradisional sebelum majlis syarahan dimulakan.

 

9
10
0
15
0
You will be interested