Kampus & Pendidikan 30 Jul, 2023

Terbaiklah Farouk Baqi! Kepayahan hidup bukan penghalang! Raih Anugerah Pingat Emas Naib Canselor UUM!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Farouk Baqi Zahid (tengah) bersama rakan-rakan yang menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen UUM yang ke-35.

Siapa sangka penerima Anugerah Pingat Emas Naib Canselor dan Anugerah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Farouk Baqi Zahid adalah pekerja sambilan yang mengumpul duit bagi perbelanjaannya ketika di universiti.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam (BIFB) yang dilahirkan dari keluarga sederhana ini pernah bekerja sebagai pekerja dewan asrama sekolah, buruh binaan, pekerja ladang kelapa sawit dan sebagainya.



Usaha graduan BIFB sehingga berjaya mendapat Anugerah Pingat Naib Canselor.

Ahli Beta Gamma Sigma (BGS) UUM kohort ke-4 ini yang bertekad untuk mengubah nasib keluarga ini telah belajar bersungguh-sungguh dan konsisten dalam pengajiannnya hingga berjaya mengekalkan Anugerah Dekan bagi lapan semester berturut-turut.

“Kemiskinan bukan alasan untuk mengharapkan perhatian manakala kejayaan menjadi milik kita sekiranya bertekad dan berusaha untuk mencapai kejayaan,” ujarnya ketika ditemui.


Farouk bersama ibu bapa dan ahli keluarganya.

Bersama ibu dan ahli keluarga yang hadir di kampus UUM.

Farouk menambah dia sentiasa menumpukan perhatian dan membuat nota ringkas ketika mengikuti kuliah sepanjang pengajiannya.

Anak bongsu ini sentiasa memberi harapan kepada ibu bapa dan keluarga bahawa kemiskinan bukanlah kesudahan hidup.

“Kini saya telah bekerja sebagai ‘biling specialist’ di sebuah syarikat pengeluaran minyak multinasional terkemuka yang berasal dari negara Perancis, iaitu SLB yang dahulunya dikenali sebagai Schlumberger," katanya lagi.


Bersama rakan-rakan pelajar yang meraikan kejayaannya.
Gambar kenangan bersama pemenang Anugerah Tokoh Siswa peringkat kebangsaan tahun 2020 bagi kategori badan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar, anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Behoney Low Lee Tong.

Pengalaman semasa COVID-19 bukan sahaja mematangkannya malah bersyukur dapat bersama-sama pelajar dan staf yang berada di kampus ketika kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu.

Kini selepas konvokesyen tertangguh selama setahun graduan kampus ini hadir semula untuk menerima ijazah masing-masing. - KitaReporters


Menyertai pasukan sukarelawan COVID-19 dari Inapan Siswa Proton dan Tradewinds UUM.

10
13
0
8
0
You will be interested