Kampus & Pendidikan 25 Jun, 2023

Malaysia Madani digesa tangani isu intern bukan buruh percuma! Dapat pertimbangan sewajarnya! - ABIM

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada laporan mengenai seorang pelajar universiti awam yang meluahkan kebimbangannya untuk bertahan sepanjang menjalani latihan industri atau ‘internship’ pada Oktober 2023 ini.

Bersesuaian dengan gagasan Malaysia Madani, ABIM menggesa agar Kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia meneliti isu ini supaya ia mendapat pertimbangan sewajarnya.

ABIM menegaskan bahawa ‘intern’ tidak boleh dianggap sebagai buruh percuma, malah telah dibangkitkan dalam Persidangan Buruh Antarabangsa pada Jun 2023 di Geneva supaya bayaran yang terlalu rendah tidak diberikan oleh majikan terhadap pelajar yang sedang menjalani latihan industri.



Meskipun pemberian elaun adalah tidak wajib di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265), ABIM menekankan bahawa prinsip keadilan dalam ekonomi manusiawi dan penegasan ke arah Malaysia Madani menuntut majikan untuk mempertimbang bagi membayar jumlah yang sekurang-kurangnya mampu menampung kos minimum perjalanan atau perbelanjaan harian pelajar berkenaan, selain insentif peralatan seperti komputer riba.

ABIM juga menyarankan para pelajar untuk mendapatkan maklumat berkenaan tempat latihan intern terlebih dahulu agar isu bayaran elaun dapat diatasi pada peringkat awal serta tempat intern adalah bersesuaian dengan bidang pengajian.

ABIM juga menggesa pihak Institut Pengajian Tinggi (IPT) agar dapat membantu menjadi pemudah cara dengan pihak industri, seperti memastikan tempat praktikal adalah kondusif dan selamat untuk pelajar menimba dan menjana pengalaman berharga.


Muhammad Faisal Abdul Aziz

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)


16
19
0
8
0
You will be interested