Kampus & Pendidikan 06 Oct, 2024

UPSI dan komuniti berpisah tiada! Sambutan Maulidur Rasul bina ukhuwah dengan masyarakat setempat!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Perarakan kontinjen Portfolio Naib Canselor yang menuju ke Dewan Tuanku Canselor.


UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak dan komuniti berpisah tiada dan hubungan ukhuwah akan dipastikan memberikan manfaat kepada penduduk setempat termasuk pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan 2 Oktober 2024.

Majlis anjuran Pusat Islam UPSI dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Muallim, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk); dan Pejabat Baitulmal Daerah Muallim, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) itu juga menyaksikan terjalin ukhwah, kesatuan, kasih sayang dan semangat warga UPSI dalam menghayati perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


Prof Md Amin (tengah) bersama kontinjen FSM yang muncul Juara Keseluruhan Sambutan Maulidul Rasul Peringkat UPSI 2024.


Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, berkata, sambutan berkenaan yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah bukan sahaja sebagai hanya sambutan, tetapi penghayatan dalam kehidupan seharian.

“Semoga semangat, iltizam dan keyakinan ini dapat membina dan memupuk ukhuwah sesama kita semua,” katanya.

Jemaah Masjid Al-Hidayah Bandar Behrang 2020 dipilih mewakili masyarakat setempat untuk berarak bersama-sama kontinjen lain yang membabitkan warga UPSI.

Sebanyak 24 kontinjen yang daripada dalam kalangan kakitangan universiti memeriahkan perarakan sambutan peringkat UPSI yang bertemakan “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani” apabila berkumpul seawal jam 7.30 pagi.

Prof Md Amin berkata, majlis sambutan yang diadakan itu adalah anjuran kali ke-3 selepas bermula tahun 2022 sehingga tahun ini.  

Majlis sambutan berkenaan turut diserikan dengan sesi ceramah oleh penceramah jemputan iaitu Mantan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Arip Kasmo yang bertajuk ‘Padamu Kekasih’.  


Dr Mohd Arip Kasmo menyampaikan ceramah bertajuk  ‘Padamu Kekasih’.


Sempena sambutan itu turut diadakan pertandingan bagi kategori perarakan terbaik, pakaian terbaik dan sepanduk terbaik serta juara keseluruhan.

Johan bagi kategori sepanduk terbaik disandang oleh Fakulti Sains dan Matematik (FSM) dengan hadiah wang tunai RM1,500 diikuti tempat kedua diraih oleh Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta Benda (JPPHB) yang menerima RM1,000, manakala tempat ketiga dimenangi Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) merangkul RM800.

Bagi kategori perarakan terbaik pula dimenangi FSM dengan hadiah wang tunai RM1,500; kedua, JPPHB (RM1,000), manakala ketiga Portfolio Naib Canselor yang menerima RM800.


Persembahan nasyid oleh kumpulan D Kesakti.


Sementara bagi kategori pakaian terbaik pula dimenangi Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK) yang meraih wang tunai RM1,500; kedua, FSM (RM1,000) seterusnya tempat ketiga hadiah RM800 disandang oleh Fakulti Komputeran dan META-Teknologi.

Juara keseluruhan bagi sambutan berkenaan dianugerahkan kepada FSM sekali gus membawa pulang hadiah RM3,000.

Majlis yang diserikan persembahan nasyid oleh kumpulan D Kesakti itu turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof Dr Abdul Rahim Razalli; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof Dr Suriani Abu Bakar; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin; Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman serta Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed. - KitaReporters


Warga UPSI yang menyambut Maulidul Rasul di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah.

11
13
0
12
0
You will be interested