Kolej & Universiti 13 Jan, 2023

Syabas USIM! Jadi juara keseluruhan FEStKUM 2022! Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada prousim@gmail.com

Share this


Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (FEStKUM) 2022 menyaksikan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dinobatkan sebagai johan keseluruhan dengan mengungguli kedudukan johan pertandingan lagu Melayu asli, naib johan sayembara deklamasi puisi, tempat ketiga rentak bitara dan memperoleh tiga anugerah lain iaitu Vokal Terbaik bagi pertandingan lagu Melayu asli, Persembahan Terbaik dan Instrumentasi Terbaik bagi pertandingan rentak bitara.

Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed berkata, “penyertaan USIM ke FEStKUM pada tahun ini (2022) adalah tanggungjawab dan kebersamaan kita dalam sekretariat MAKUM. Rata-rata semangat yang ditonjolkan semua mahasiswa memperlihat bahawa mereka memerlukan satu bentuk program untuk menguji bakat dan skil yang dimiliki. 

"Saya percaya penganjuran FEStKUM pada kali ini dapat menyuntik keinginan luar biasa dalam diri mereka untuk meningkatkan ilmu dalam aspek persembahan seni.”

“FEStKUM pada kali ini (2022) mempertaruh empat acara yang dipertandingkan iaitu nyanyian solo lagu Melayu asli dan sayembara deklamasi puisi bagi kategori perseorangan, manakala rentak bitara (muzik moden) dan nasyid bagi kategori berkumpulan. Kontinjen USIM diwakili 22 orang delegasi dengan diiringi lima pegawai penyelaras." 

Ujar Ismail lagi, pada tahun 2010, USIM pernah dinobatkan di Tempat Kedua Keseluruhan bagi semua acara FEStKUM 2010. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan seni dan kebudayaan


Sementara itu, Amirul Zahid Amadnoh, johan pertandingan lagu Melayu asli, turut berkongsi perasaan gementar pada hari pertandingan memandangkan baru sembuh daripada demam, namun berkat dorongan dan doa ibu bapa serta sokongan rakan-rakan beliau nekad untuk buat yang terbaik.

“Bukanlah mudah untuk mempelajari teknik lagu Melayu asli, namun demi minat yang mendalam terhadap seni warisan Melayu, Zahid gigih berusaha dan menuntut ilmu dari yang pakar,” ujarnya lagi.

FEStKUM anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melibatkan 14 penyertaan dari universiti awam antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Malaysia Sarawak.

Hampir 500 penonton menyaksikan acara penutup dan penyampaian hadiah FEStKUM yang diadakan di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM dan turut disiarkan secara maya dalam Facebook dan YouTube melalui saluran Putra TV UPM. 

Acara penutup dimeriahkan dengan persembahan para pemenang FEStKUM.

Majlis penyampaian hadiah FEStKUM disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian. - KitaReporters/USIM


 

11
11
0
10
0
You will be interested